Rojak Daily Logo

Macam Mana Mat Salleh Ni Boleh Viral Di Malaysia?

0
comments
Macam Mana Mat Salleh Ni Boleh Viral Di Malaysia?
Rhys William (Gambar: Facebook)

Sebelum ini, beberapa kisah Mat Salleh yang fasih berbahasa Melayu telah menjadi viral di negara kita. Cerita seperti Mat Dan yang fasih bercakap dalam loghat Terengganu dan lelaki ini yang berkebolehan bertutur dalam dialek Negeri Sembilan telah mencuit hati rakyat Malaysia. Rata-rata pengguna media sosial memberikan reaksi yang positif malah ada yang cuba bertutur dalam bahasa Melayu dengan mereka.

Baru-baru ini, seorang lagi jejaka yang berasal dari United Kingdom telah menjadi viral kerana akaun Instagramnya. Setiap gambar yang dimuatnaik akan disertakan dengan kapsyen dalam Bahasa Melayu. Akaun Instagram @si_rhys atau nama sebenarnya, Rhys William, mula mendapat perhatian setelah pengguna Twitter, @amirdanialrahim, memuatnaik screenshot akaun Instagram milik Rhys.

Selepas tweet tersebut viral, akaun Instagram Rhys kini mempunyai lebih 12,000 pengikut berbanding empat hari lalu di mana dia hanya mempunyai 238 followers. Hebat kan penangan si Rhys ni!

Gambar: Twitter
Gambar: Instagram
 

Kapsyen yang ditulis oleh Rhys berbunyi sangat natural dan lucu pada masa yang sama. Yang paling best, hashtag dan shortform yang digunakan Rhys ni memang betul-betul win, dah macam Melayu tulen kami tengok. 

 
 

First time guna instagram ni mohon jgn kecam haha

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

 
"First time guna instagram ni mohon jgn kecam haha"
 
 

Terkejut aku masa nampak signboard tu sebelah cermin. Siapa pasang sign tu dah pandai "chat up lines" kot #ciaciacia

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

"Terkejut aku masa nampak signboard tu sebelah cermin. Siapa pasang sign tu dah pandai "chat up lines" kot #ciaciacia"
 
 

Jangan cakap aku poyo #skytrexadventure #takgayat #skytrex #poyo

A photo posted by Rhys William (@si_rhys) on

"Jangan cakap aku poyo #skytrexadventure #takgayat #skytrex #poyo"
 

Rhys juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Mat Dan yang juga pernah viral sebelum ini semasa berkunjung ke Terengganu bulan lalu menerusi gambar yang baru dimuatnaik olehnya.

 

Kepada mereka yang ingin mengikuti perkembangan Rhys atau mahu menonton video dan gambar jelajah Rhys sepanjang berada di Malaysia, boleh lah lawati laman Facebook beliau. Kalau bernasib baik, dia approve la friend request korang tu. Hehe. Apa-apa pun kami doakan agar Rhys gembira dan enjoy sepanjang berada di sini.

 
 
Comments