Rojak Daily Logo
Back to top

Siapa Dato Muda Berusia 21 Tahun Yang Viral Di Media Sosial?

Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015.

0
comments
Siapa Dato Muda Berusia 21 Tahun Yang Viral Di Media Sosial?
Gambar: Instagram Dato Saiful

Dato Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Muhamad Ali mendapat perhatian netizen baru-baru ini selepas video kemewahannya menjadi viral. Video berdurasi enam minit yang memaparkan kehidupan mewah beliau di dalam pesawat peribadi, sebuah kereta Rolls Royce dan diiringi bodyguard bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-21 dan video tersebut telah mendapat 377 ribu tontonan setakat ini. 

Menerusi Malaysian Digest, Dato Saiful merupakan seorang pengarah dan ahli perniagaan bagi beberapa perusahaan antaranya kedai serbaguna, perusahaan besi, tempat mencuci kereta serta studio rakaman. Beliau juga telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2015 yang membawa gelaran Dato. Apa pendapat anda tentang Dato muda berusia 21 tahun ini?

 

If You Want It 😎 Work For It ☝ Is That Simple 🔥 Busy Hustling Out 24/7 🌎 #DatoSaiful

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on

 
 
Comments