CLOSE
CLOSE

Perjuangan KJ Bantu Anak Autisme Dipuji Netizen

KJ belajar memahami anak keduanya tanpa cuba mengubah Puma menjadi anak-anak normal yang lain.


  • Share:

Perjuangan KJ Bantu Anak Autisme Dipuji Netizen
Instagram Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) di dalam satu gambar Instagramnya akan membantu sedaya upaya anak-anak yang mengidap autisme apabila salah seorang anaknya, Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma, 9, turut mengidap autisme. Bagi KJ sendiri, anak-anak autisme ini istimewa dan mereka juga sangat unik.

 

My three hooligans rocking blue for #autismawareness at The Rock Walk 2017. Cougar & Leo were excited to support Puma who is on the autism spectrum. Autism awareness is critical especially to support parents with kids on the autism spectrum. We need more affordable early intervention that will allow them to fulfill their potential. My ministry will be working with the National Autism Society of Malaysia in creating a skills pathway for youths with autism at our Institut Kemahiran Belia Negara so they can continue learning after they finish school and increase their potential to be independent adults with careers. Looking forward to #TN50, we cannot be a developed nation with just gleaming skyscrapers and high speed trains. A developed nation needs a heart and soul, where no one is left behind. Where kids with disabilities are not kept hidden in the dark but rather are brought to thrive and bask in the light of living happy, productive and fulfilling lives. That is kind of future for our country that I will continue to fight and work for.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

Menerusi kenyataan di dalam Instagramnya, KJ menjelaskan, "Menteri Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalam mencipta kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara yang memberi peluang bagi anak-anak autisme ini belajar meningkatkan potensi diri agar menjadi dewasa yang mampu berdikari." Tambah menteri itu lagi, anak-anak istimewa ini tidak sepatutnya disembunyikan malah mereka selayaknya menjalani kehidupan yang gembira dan produktif seperti anak-anak biasa.

Tindakan KJ yang terus berjuang untuk anak-anak istimewa ini turut mendapat pujian netizen apabila mereka menyokong hasrat murni beliau. Dalam satu temubual di dalam Sinar Harian juga, KJ ada memberitahu beliau belajar untuk memahami anaknya menerusi sebuah buku iaitu Uniquely Human. Menerusi intipati buku tersebut, beliau mengubah caranya mendekati anaknya tanpa cuba mengubah Puma menjadi seperti anak-anak normal yang lain. Tambah KJ lagi, buku itu mengubah hidupnya dan membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.

Tahniah KJ, semoga usaha murni ini berjaya dikecapi dan anak-anak istimewa ini mendapat peluang sama seperti anak-anak yang lain.,


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top