Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

[Video] Gelagat Mior Azib Tarik Perhatian Pelanggan McDonald's

Jejaka istimewa gembira apabila diberi peluang bekerja di restoran makanan segera itu.

0
comments
[Video] Gelagat Mior Azib Tarik Perhatian Pelanggan McDonald's
Mior Azlan sangat gembira apabila adiknya, Mior Azib diterima bekerja di McDonald's cawangan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur . (Gambar: Mior Azlan Junior - Facebook)

Kelibat seorang pekerja restoran makanan segera menarik perhatian pelanggan di situ sehingga ada yang mahu bergambar dengannya. Dia rajin bekerja dan tidak lokek senyuman apabila bersua dengan pelanggan.

Mior Azib Mior Kamarulbaid, pekerja baru di McDonald's cawangan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur mula bertugas pada Isnin lalu kelihatan gembira apabila dia diterima bekerja di situ. Aksi Mior Azib bekerja turut dirakam menerusi video dan dikongsi abangnya, Mior Azlan menerusi Facebook yang menarik perhatian ramai netizen termasuk selebriti memuji sikap keprihatinan McDonalds memberi ruang pada golongan kurang bernasib baik untuk bekerja.

Mior Azlan berkata adiknya antara peserta program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberi peluang bekerja dengan restoran francais terkenal itu. Difahamkan, PDK dengan McDonalds sebelum ini menjalinkan kerjasama membantu golongan ini berdikari.

"Dia nampaknya seronok bekerja walaupun dia kata penat selepas habis bekerja," katanya ketika dihubungi Rojak Daily Kaw!.

Tambahnya, adiknya yang berusia 23 tahun itu yang mengidap Sindrom Down pertama kali bekerja dan dia diberi latihan sebelum bekerja sepenuhnya sejak semalam. Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi mengucapkan tahniah pada McDonald's atas usaha tersebut yang mendidik pekerja istimewa ini berdikari dan berkeyakinan.

Kisah Mior Azib bekerja dengan McDonald's bukan perkara asing kerana satu cawangan restoran makanan segera itu di Sydney, Australia sebelum ini pernah meraikan seorang kakitangan mereka, Russell O'Grady,48, yang mengidap penyakit sama. Menariknya, McDonald's mengadakan satu acara sambutan khas buat pekerja istimewanya itu yang diadakan pada Oktober tahun lalu sebagai meraikan sumbangannya berkhidmat selama tiga dekad.

 
 
Comments