Rojak Daily Logo

Kadar Sebenar Mas Kahwin Negeri Sembilan yang Anda Tidak Tahu

0
comments
Kadar Sebenar Mas Kahwin Negeri Sembilan yang Anda Tidak Tahu
Gambar: Flava Pictures
Buat anda yang memasang niat untuk mendirikan masjid tidak lama lagi, sudah tentunya soal mas kahwin adalah antara perkara yang wajib anda ambil tahu. Jika ditakdirkan anda dijodohkan dengan orang Nogori, jangan terkejut pula apabila mas kahwin yang ditetapkan tiba-tiba berbeza dari yang anda sangka! Kang tak pasal-pasal keluar video viral bakal pengantin bergaduh. Negeri Sembilan ni kaya dengan adat dan suku kaum yang berbeza. Bagi mereka yang tidak tahu suku apa mereka berasal, seelok-eloknya bertanyalah kepada ibubapa atau ahli keluarga anda yang mengetahui. Okay jom kita lihat senarai kadar mas kahwin mengikut daerah dan suku di Negeri Sembilan.

 

1. Jelebu

Gambar: Lobaipas

"Ko Jolobak ko Jolobu,
Tuai padi tiga tangkai,
Kalau kono komat jolobu,
Tak mati badan menghasai,
Gurindam dulu-dulu jangan ponah dipotikai,
Tak tahu tanyo dulu jangan gomar memandai-mandai"

Haa bak kata Datuk Hattan, kalau tak tahu, tanyalah dulu, jangan nak memandai. Bagi suku bergelar atau waris, kadarnya berbeza daripada orang biasa suku nan 12.

Suku bergelar/Waris : RM 48
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 24

2. Sungei Ujong, Seremban, dan Port Dickson

Gambar: Wikipedia

Kadar mas kahwin buat mereka yang berasal dari tiga tempat ini merupakan kadar yang paling tinggi di Negeri Sembilan (buat mereka yang berasal dari suku bergelar atau waris). Jadi, buat mereka yang nak masuk meminang gadis di kawasan ini, pastikan anda mempunyai wang yang secukupnya.

Suku bergelar/Waris: RM 201
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 101

3. Kuala Pilah (Johol) dan Jempol

Gambar: Flickriver

Bagi mereka yang berasal dari sini pula, tak perlu pening-pening kerana kadar yang ditetapkan sama sahaja tidak mengira suku.

Suku bergelar/Waris: RM 60
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 60

4. Tampin

Gambar: Heritage Malaysia

Fakta menarik: Tampin asalnya ditadbir di bawah pentadbiran Rembau, tetapi selepas peperangan Naning pada tahun 1832, Tampin menjadi sebuah daerah tersendiri. Syed Shaaban telah menjadi pemerintah pertama Tampin dengan gelaran Tunku Besar Tampin. Walaupun Tampin asalnya berada dalam daerah Rembau, ianya tidak bermaksud kadar mas kahwin di situ mengikut daerah Rembau.

Suku bergelar/Waris: RM 150
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 120

5. Rembau

Gambar: NS Tourism

Kalau sebut pasal Rembau je, mesti lagu Waghih terus berkumandang dalam kepala. Di Rembau, suku Biduanda amat popular sekali kerana mengikut sejarah, merekalah pewaris asal Negeri Sembilan. Selain itu, cara pemilihan pemimpin seterusnya juga agak menarik, mereka akan memilih orang yang berasal dari suku Biduanda sahaja. Jadi berapa agak-agaknya mas kahwin untuk orang-orang Rembau “Most Wanted” ni ya?

Biduanda Waris Dua Carak: RM 120
Biduanda Setia: RM 120
Lain-lain Biduanda: RM 110
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 100

6. Luak Tanah Mengandong

Gambar: maruwiah.com

Haa sebelum kita teruskan, kita kenalah tahu apa itu Luak Tanah Mengandong. Luak Tanah Mengandong ni sebenarnya sebuah kawasan di Seri Menanti yang mempunyai lima luak kecil dan diketuai oleh seorang Penghulu Luak. Lima luak tersebut ialah Luak Inas, Luak Jempol, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Ulu Muar.

i) Kuala Pilah – Luak Ulu Muar

Suku Bergelar/Waris Lantai: RM 80
Kulit/Waris Nan 3 – RM 60

ii) Luak Jempol

Suku Biduanda: RM 80
Pasak (Penghulu) Perut: RM 60

iii) Luak Terachi

Suku Seri Lemak (Penghulu): RM 68
Suku Biduanda Kundang: RM 68

iv) Luak Gunung Pasir

Suku Tanah Datar (Penghulu): RM 80
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 60

v) Luak Inas

Suku Biduanda (Penghulu): RM 80
Orang Biasa Suku Nan 12: RM 60

Sumber diperoleh dari JAKIM
 
 
Comments