Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

'Selena Gomez Malaysia' Kini Bergelar Heroin Filem

Gadis asal Sabah ini berdarah kacukan Kadazan Dusun dan Belanda.

0
comments
'Selena Gomez Malaysia' Kini Bergelar Heroin Filem
Gambar: Phanthegerow Louiselle Leo Estrop

Jika dahulu kami pernah memperkenalkan pada anda, Selena Gomez negeri Sabah yang persis penyanyi yang terkenal dengan lagu Kill em With Kindness, Phanthegerow Louiselle Leo Estrop atau lebih mesra disapa sebagai Phan, 19 tahun nampaknya semakin sibuk mengurus kerjayanya.

Gadis berdarah campuran Kadazan-Dusun dan Belanda ini telah menjadi perhatian sejak awal tahun 2016 setelah wajahnya persis Selena Gomez mula viral di laman sosial. Phan bukan sahaja lebat menerima tawaran iklan model dan produk kecantikan, malah dia telah disunting untuk menjadi heroin filem.

Berkesempatan menemubual Phan baru-baru ini, dia turut berkongsi apakah perkembangannya yang terbaru. “Saya telah diberikan tawaran berlakon dalam filem tempatan yang bertajuk Tangisan Akinabalu arahan Dato’ Jurey Rosli, terbitan syarikat New Line Sdn Bhd". Bakal bergandingan dengan nama besar seperti Datuk Yusof Haslam, Phan menerima tawaran lakonan ini kerana ia tidak menggangu fokusnya untuk belajar.



 

Menurut Phan, dia cukup teruja apabila diberi peranan utama dalam sebuah filem tempatan. Tambah Phan, “saya memegang watak heroin bernama Nikki. Watak Nikki dalam filem ini ialah seorang yang berani, berpewatakan kasar dan mempunyai semangat mahu menjadi seorang malim gunung, setelah dibesarkan oleh seorang ayah tanpa mendapat kasih sayang seorang ibu. Namun semangatnya untuk menjadi seorang malim gunung ditentang hebat oleh ayahnya yang mendesaknya mengambil alih perniagaan ayahnya”. Bagaimana seorang gadis lemah lembut seperti Phan mahu membawakan watak kasar malim gunung, sama-sama kita nantikan.

Berkongsi kegembiraannya bergelar heroin pada sebuah jalan cerita yang begitu dekat dengan hati orang Sabah, Phan turut berbangga dapat berlakon dalam sebuah karya tempatan dan kru-kru teknikal yang terlibat dalam pembikinan filem juga terdiri dari orang Sabah. “Kita telah memulakan proses penggambaran yang berlangsung di Kundasang, Ranau”, jelasnya lagi. Pertama kali berlakon, pastinya Phan berdepan dengan pelbagai cabaran. “Membawakan watak sebagai seorang tomboy dan kasar pada mulanya agak sukar juga. Terutamanya disebabkan ia bertentangan dengan diri saya yang sebenar. Namun selepas beberapa kelas lakonan intensif, saya dapat juga menghayati watak Nikki dengan baik dan diharapkan anda semua suka dengan lakonan saya”, jelas Phan.



 

Tidak hanya berdepan dengan cabaran watak, lokasi penggambaran yang diadakan di sekitar Gunung Kinabalu juga memberikan sedikit kesukaran pada dirinya. Menurut Phan, “watak Nikki memerlukan saya bersemangat mahu menjadi seorang malim gunung. Jadi bila perlu mendaki Gunung Kinabalu, sedikit mencabar tapi saya seronok”.

“Pada hari pertama penggambaran sehingga ke hari ketiga, saya mendapat alahan yang agak menggangu kesihatan tapi sekarang sudah beransur baik”, kata Phan lagi. Kemudian, peralihan jadual penggambaran yang menuntut dirinya bangun awal juga menjadi cabaran kerana Phan seorang yang suka tidur lewat. “Tapi apa-apa pun, saya boleh mengatasi semua cabaran ini dan tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan kerja”, ujarnya lagi.

Bertuah dikurniakan wajah yang cantik, juara Female Icon Sabah 2015 ini bersyukur apabila rezekinya kini terbuka luas. Namun, walaupun dirinya dipuji ramai, Phan juga turut dikecam kerana dikatakan menggunakan wajahnya semata-mata untuk mendapatkan tawaran.



 

Bagi Phan sendiri, dia tidak bersandarkan pada wajahnya semata untuk berada di tempatnya sekarang. Dia turut hadir ke ujibakat, melalui proses pemilihan seperti orang biasa sehingga dia layak menjadi watak utama. Semua itu dilihat sebagai pulangan atas usahanya selama ini. “Pengarah memilih saya berdasarkan kemampuan saya berlakon. Watak Nikki ini memerlukan saya menjadi seorang tomboy yang walaupun sukar, saya sahut setiap cabaran. Saya tidak berniat untuk menyinggung hati atau kacau periuk nasi mana-mana pihak. Cantik itu juga sendiri adalah terlalu subjektif untuk diperkatakan dan pada saya ini semua rezeki dan saya bersyukur. Kalau ada rezeki, memang saya nak cuba semua, tidak hanya terhad pada lakonan dan modelling sahaja”, jelas Phan di akhir temubual.

 
 
Comments



Back to top