CLOSE
CLOSE

Nike Dikecam Kerana Keluarkan Koleksi Hijab

Menerima kritikan hebat walaupun akan berada di pasaran tahun 2018.


  • Share:

Nike Dikecam Kerana Keluarkan Koleksi Hijab
Gambar: Twitter @Ptkay

Minggu lalu menyaksikan jenama sukan terkemuka dunia, Nike telah mengumumkan koleksi Nike Pro Hijab untuk wanita berhijab yang aktif bersukan. Walaupun akan mula berada di pasaran pada awal 2018, koleksi Nike Pro Hijab ini telah diuji oleh atlet angkat berat Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amna Al Haddad dan peluncur ais, Zahra Lari.

 

A post shared by Zahra Lari (@zahralari) on

Menurut Amna, Nike Pro Hijab merupakan produk sukan yang dicipta bagi menghapuskan halangan yang menyekat wanita Islam untuk aktif bersukan. Biarpun koleksi ini mendapat maklumbalas positif para wanita muslimah aktif yang mementingkan keselesaan dan penjagaan aurat ketika bersukan, ada segelintir pihak yang mengecam hebat pengeluaran hijab oleh jenama ini.

Ada sesetengah pihak yang memberikan kritikan terhadap rekaan hijab ini dan berpendapat hijab merupakan simbol penindasan terhadap wanita. Tidak kurang juga yang menyentuh sentimen anti-muslim. Lebih teruk, mereka turut mengugut mahu memboikot jenama sukan popular dunia itu.

Namun Amna membidas kritikan tersebut dan berkata lebih ramai wanita menyuarakan keperluan terhadap produk tersebut dan lebih banyak atlet profesional memperjuangkan hak untuk bertanding dengan berhijab dan hak sama rata di gelanggang.

Walaupun lantang dikritik dan diugut boikot, tidak kurang juga ramai yang memuji hasrat Nike dalam mengeluarkan koleksi hijab ini untuk membolehkan semua wanita muslimah terbabit aktif dalam bidang sukan. Sama-sama kita nantikan saat koleksi Nike Pro Hijab ini berada di pasaran awal tahun 2018 nanti.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top