Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Lana Mahu Anak Tahu Ilmu Agama

Seronok lalui kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu.

0
comments
Lana Mahu Anak Tahu Ilmu Agama
Lana bahagia dengan kehadiran Gia. (Kredit Gambar: Instagram Lana Nordin @lananordinmckienzie)

Satu perkara mengenai pelakon wanita ini, dia tidak pernah lupa jati dirinya. Meskipun berkahwin dengan lelaki asing, Lana Nodin sentiasa memastikan suaminya David atau Mohd Daud McKienzie tahu mengenai budaya Melayu.

Pada pertemuan baru-baru ini, Lana memberitahu Rojak Daily Kaw! dia mahu anak sulungnya Gia Quinn McKienzie yang berusia setahun lebih, medapat pendidikan sekolah agama.

Kehidupan yang lebih sempurna bersama keluarga.(Kredit Gambar: Instagram Lana Nordin @lananordinmckienzie)

Bagi Lana yang terkenal dengan watak antagonis, ilmu agama sangat penting dalam usaha memastikan anaknya membesar menjadi orang yang berguna.

"Seperti kanak-kanak lain Gia akan ke sekolah untuknya belajar pada sebelah pagi, dan saya mahu dia ke sekolah agama pada sebelah petang.

"Bagi saya penting untuk Gia mendapat pendidikan agama yang formal," katanya.

"Penting untuk Gia belajar agama" - Lana.(Kredit Gambar: Instagram Lana Nordin @lananordinmckienzie)

Lana berkata, selain tunjuk ajar daripada dirinya sendiri, Gia juga wajar mendapatkan pengajian agama yang sempurna daripada mereka yang arif mengenainya.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, anak daranya itu sudah terbiasa dengan gaya hidup dia dan suami yang terpaksa berulang alik antara Malaysia dengan beberapa negara lain.

"Saya memang akan menetap di beberapa negara kerana suami adalah atlet bola tampar. Jadi kadang-kadang dua minggu kami di Malaysia baki kami di Amerika Syarikat atau Rusia," katanya.

Gia, buah hati kesayangan Lana dan David.(Kredit Gambar: Instagram Lana Nordin @lananordinmckienzie)

Belum mahu pencen berlakon, Lana berkata dirinya tetap berminat meneruskan kerjaya seninya, namun memerlukan perancangan masa yang sesuai.

"Suami tidak menghalang, tapi sebagai isteri saya kena ikut jadual dia. Selalunya Daivid akan mempunyai masa renggang selepas musim panas.

"Pada masa sama suami saya juga seorang jurulatih bola tampar di Singapura," katanya.

Belum mahu pencen daripada berlakon, tetapi perlukan masa yang sesuai.(Kredit Gambar: Instagram Lana Nordin @lananordinmckienzie)

Lana mengakui seronok menjalani kehidupan berkeluarga dan berharap hidupnya akan terus gembira di samping suami dan anak.

"Semuanya seronok dan saya memang suka masak. Cuma pada ketika ini, Gia memang tidak boleh berenggang dengan saya.

"Paling lama saya berpisa dengan Gia ialah selama dua jam," katanya yang mengakui anaknya tidak mahu tinggal dengan orang lain selain dirinya.

 
 
Comments