CLOSE
CLOSE

Intai Mewahnya Mahkota Miss Universe!

Mahkota Miss Universe 2016 itu menjadi milik Perancis.


  • Share:

Intai Mewahnya Mahkota Miss Universe!
Gambar: AP

Soal mahkota pertandingan ratu kecantikan terutamanya Miss Universe bukan hal remeh. Miss Universe merupakan pertandingan kecantikan paling berprestij yang mencari wanita tercantik di dunia dari segi kecantikan luaran dan dalaman. Oleh sebab itulah, harga mahkota Miss Universe itu mencecah RM1,328,850 (USD 300,000).
 

Gambar: DIC

Walaupun mahkota Miss Universe telah banyak kali diganti, namun mhkota yang terbaharu ini begitu menarik perhatian ramai orang. Mahkota tersebut merupakan rekaan eksklusif syarikat terkemuka Republik Czech, Diamonds International Corporation (DIC). Ia bertahtakan 311 buah berlian, lima buah permata topaz biru, 198 potongan safir biru, 33 buah potongan kristal dan juga tersemat 220 gram emas.

Menggunakan 10 tenaga manusia ketika menghasilkannya, mahkota ini direka menyerupai deretan bangunan pencakar langit di Manhattan dimana terletaknya ibu pejabat Miss Universe Organization. Dengan berat keseluruhannya mencapai 411 gram, mahkota ini melambangkan keindahan, kepercayaan diri, keseimbangan diri serta kekuatan seluruh wanita di seluruh dunia.

Mahkota tersebut pertama kali dikenakan oleh Paulina Vega, Miss Universe Colombia yang dinobatkan sebagai Miss Universe 2014. Kemudian beralih kuasa ke Pia Wurtzbach, Miss Universe Filipina yang memenangi Miss Universe 2015. Kini ia disusuli dengan Iris Mittenaere, Miss Universe Perancis dan baru sahaja dimahkotakan sebagai Miss Universe 2016 semalam.

Miss Universe 2014/Miss Colombia. (Gambar: Miss Universe)
 
Miss Universe 2015/Miss Filipina. (Gambar: showbizreport)
 
Miss Universe 2016/Miss Perancis (Gambar: AP)

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top