CLOSE
CLOSE

Ramai Lelaki Pilih Kemeja Yang Salah?

Tiga jenis lipatan pada baju yang menjadi panduan untuk membeli kemeja.


  • Share:

Ramai Lelaki Pilih Kemeja Yang Salah?
Wajib bagi kaum lelaki untuk tahu jenis kemeja yang dijual di pasaran. Perasan atau tidak ketika membelek pakaian, ada beberapa kelainan pada lipatan pada bahagian belakang baju. Sebenarnya, ada tujuan dan fungsi kenapa ia ada beberapa jenis.

Beberapa tips atau panduan dikongsi pengguna di media sosial mengenai cara memilih kemeja yang sesuai untuk lelaki mengikut saiz badan. Namun, masih ramai jejaka yang salah memilih kemeja yang sesuai dengan diri mereka sendiri atas faktor baju kelihatan cantik pada pandangan mata mereka.

Menurut perkongsian Harry Hamid di Facebook, ada tiga jenis lipatan yang perlu lelaki tahu sebelum membeli baju iaitu: 



1. Lipatan Tengah @ Centre Box Pleat

Kemeja yang ada lipatan tengah di bahagian belakang baju ini sesuai dipakai oleh lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian perut. Bagi mereka yang mempunyai bahagian perut yang besar amat digalakkan memilih kemeja sebegini. Untuk mereka yang kurus pula, ia akan menampakkan keadaan yang kurang kemas. 

2. Lipatan Tepi Kiri & Kanan @ Side Pleat

Kemeja yang mempunyai lipatan kiri dan kanan di belakang baju sebenarnya dibuat untuk lelaki yang perlukan ruangan yang lebih di bahagian dada, bahu dan lengan. Contohnya mereka yang mempunyai bahu atau lengan yang berisi atau berotot. 



3. Tiada Lipatan @ Pleatless

Kemeja yang tidak ada sebarang lipatan di bahagian belakang baju dibuat khusus untuk lelaki yang tiada masalah lebihan isi di bahagian perut atau bahagian badan yang lain. Untuk mereka berbadan sederhana potongan Regular Fit harus menjadi pilihan berbanding Slim Fit.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top