Rojak Daily Logo

Siapa Kata Selebriti Tempatan Ni Pandai Beraksi Di Pentas Sahaja?

0
comments
Siapa Kata Selebriti Tempatan Ni Pandai Beraksi Di Pentas Sahaja?
(Kredit Gambar: Instagram @jozlynnhanania, tomokofficial dan sariyanti)
Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan dengan anak-anak agar tidak terlalu hanyut dengan gajet. Menonton TV, makan bersama dan bersenda gurau mungkin telah terlalu biasa didengari. Kami kongsikan senarai aktiviti lain yang boleh anda lakukan, cetusan inspirasi selebriti tempatan.

(Kredit Gambar: Instagram @jozlynnhanania)

(Kredit Gambar: Instagram @aeril_zafrel)

(Kredit Gambar: Instagram @sariyanti)

Bermain Peralatan Muzik
Inilah kelebihan andai bapa seorang pemuzik. Tomok menggunakan masa terluang untuk bermain piano dan menyanyi bersama dua anaknya Arrian dan Andra.
 
 

dibu masak kat dapur...kitorang buat mini showcase kat depan ☺️🍗😋😎🤘🏽

A video posted by Tomok (@tomokofficial) on


Scha dan Awal juga turut tidak ketinggalan memberi Lara Alana peluang mengekspresikan dirinya dengan bermain alatan muzik.

(Kredit Gambar: Instagram @laraalana)


Taman Tema
Bawak Anak Ke Taman Tema atau ke pantai dan luangkan masa membina istana pasir bersama mereka seperti Tomok dan isterinya yang cukup rajin melayani dua anak mereka ini.

(Kredit Gambar: Instagram @tomokofficial)
 
Membaca dan Menulis
Anak-anak perlukan sokongan dalam membina keyakinan dan mengasah kemampuan. Ajarilah mereka membaca dan jadikan aktiviti itu sesuatu yang menyeronokkan. Seperti Tomok dan Nana yang gemar menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti bersama yang menyeronokkan.

(Kredit Gambar: Instagram @nanamahazan)
 
 

selamat malam 🍗

A video posted by Tomok (@tomokofficial) on


Art & Craft
Meskipun tiada pembantu, Nana Mahazan bijak menggunakan masanya sebaik mungkin. Antara aktiviti yang dilakukan bersama Altea ialah aktiviti seni yang menarik. Boleh juga ajak anak-anak membina sendiri peralatan bermain buih, seperti yang dilakukan Nana.
 
(Kredit Gambar: Instagram @nanamahazan)
 
Aktiviti ini turut dikongsi Lara Alana dengan pelbagai aktiviti seni yang dirancang ibubapanya.
(Kredit Gambar: Instagram @laraalana)

Kasut Roda, Glider dan Papan Luncur
Antara aktiviti yang menjadi pilihan Fasha Sanda untuk anak-anaknya iaitu Putri Raysha Jemaima dan Putra Rayfal. Irma Hasmie, Nana Mahazan serta Awal dan Scha juga turut mengajar anak mereka bermain dengan peralatan ini.  

(Kredit Gambar: Instagram @nanamahazan)

Berbasikal
Selain menyihatkan badan, aktiviti ini juga menarik seandainya dilakukan sebagai salah satu aktiviti riadah bersama anak-anak.

(Kredit Gambar: Instagram @fashasandha)
 
Urutan dan Masker
Menarik juga melihat aktiviti Fasha bersama anak perempuannya. Fasha membenarkan dirinya dijadikan ‘mangsa’ sapuan masker. Johan juga apa kurangnya membenarkan batang tubuhnya dipijak anak-anak. Hilang juga rasa lenguh-lenguh badan dan tulang belikat tu.
 
(Kredit Gambar: Instagram @fashasandha)

Menari
Satu lagi aktiviti bersama anak yang boleh dijadikan sebagai senaman ialah menari bersama-sama, seperti yang dilakukan Fasha Sandha ni.
 

Berenang
Kanak-kanak cukup sukakan air. Yasmin Hani menggunakan kesempatan ini untuk mengajar Noah berenang. Ibubapa yang tidak pandai berenang seperti Hani, bolehlah bersama-sama menghadiri kelas renang.

(Kredit Gambar: Instagram @yasminhani)
 
Memanah
Sariyanti memilih memanah sebagai salah satu aktiviti bersama anak-anak.
 
(Kredit Gambar: Instagram @sariyanti)
 
Memasak
Menarik juga aktiviti Nana bersama anak perempuannya. Selain dapat makan hidangan air tangan sendiri, aktiviti ini mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
 
(Kredit Gambar: Instagram @nanamahazan)

Berkuda
Antara aktiviti yang cukup bagus dilakukan. Memandangkan kosnya yang agak tinggi, aktiviti ini bolehlah dilakukan sekali sekala seperti Sariyanti.

(Kredit Gambar: Instagram @sariyanti)

Foosball
Diakui aktiviti ini tidak mengeluarkan peluh seperti bermain futsal atau bermain badminton tetapi aktiviti ini mampu merangsang minda anak-anak selain melatih mereka untuk berfikir serta bertindak pantas.
 
(Kredit Gambar: Instagram @yasminhani)

Solat
Usah larang anak-anak untuk bersolat bersama meskipun mereka lebih banyak menyakat serta mengganggu penumpuan anda. Tetapi percayalah, aktiviti ini secara tidak langsung melatih mereka untuk menjadi muslim yang tekun beribadat kepadaNya. Lebih menarik andainya kita tambahkan dengan ilmu mengaji al-quran dan sedikit kata-kata nasihat atau ceramah ringkas kepada anak-anak.
 
(Kredit Gambar: Instagram @jozlynnhanania)
 
Ke Pasar
Tidak perlu tunggu besar baru diajar ke pasar. Ilmu ini perlu dipupuk sedari kecil. Jika dahulu dibimbangi keadaan lantai pasar yang licin kini telah berubah. Banyak pasaraya serta pasar tani yang teratur dan kering, sesuai untuk membawa anak-anak. Cuma perlukan lebih perhatian agar anak anda tidak hilang dari pandangan.
 
(Kredit Gambar: Instagram @sariyanti)
 
Playdoh
Apa yang boleh dibentuk dengan menggunakan playdoh? Bermainlah bersama anak-anak dan bantu mereka membentuk haiwan serta abjad dan mulakan aktiviti bercerita tentang haiwan ini bersama anak-anak.
(Kredit Gambar: Instagram @laraalana)

 
 
 
Comments