Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Rasakan Ledakan Adrenalin Dengan Sky Tandem Parachute

Nak mencabar lagi, terjunlah secara solo.

0
comments
Rasakan Ledakan Adrenalin Dengan Sky Tandem Parachute
Gambar: Travel 3Sixty

Pertama kali diberi tugasan untuk menyertai aktiviti Sky Tandem Parachute, hati girang tak terkata. Buat anda yang gemarkan liburan, riadah dan ledakan adrenalin, ini adalah aktiviti yang harus anda cuba. Menerusi The Entertainer, kami berpeluang untuk mencuba aktiviti Sky Tandem Parachute ini bersama dengan One Day Pilot.

Pagi Ahad, kami bertemu di Taman Milenium, Kuala Kubu Bharu. Kami turut disertai oleh ramai lagi kaki terjun yang terbang secara solo. Kehadiran kami disambut oleh instructor yang berpengalaman dalam bidang payung terjun. Namun aktiviti dihentikan seketika kerana masalah angin.

Menurut seorang instructor parachute, Encik Bakar, anginlah yang menentukan tingginya kita terbang. Jadi kalau tiada angin, agak payah untuk kita mengawal payung terjun dan boleh terus menjunam ke bawah. Hampir tiga jam kami menunggu untuk ‘angin terbang’ muncul, akhirnya bendera penanda arah angin mereka melayang dan itu tandanya ‘angin terbang’ sudah mari dan sesuai untuk terbang.

Segala beg berisi payung terbang diisi di dalam pacuan empat roda, kami mula bergerak menuju ke sebuah bukit. Curamnya bukit tersebut, sampaikan kami terdetik dalam hati, boleh naik ke ni? Beg payung terbang, 6 orang dewasa lagi dalam kereta, segala denai, onak duri ditempuh, kami akhirnya sampai ke puncak dalam masa 20 minit sahaja.
 


Setelah memunggah beg payung terjun, memasang peralatan keselamatan, penerangan terakhir diberi. Ada beberapa penerjun solo bersedia untuk terjun pada masa ini. Kami pula terbang secara tandem, iaitu terbang berdua bersama instructor.

Dengan bantuan beberapa orang, kami bersedia untuk take off. Encik Bakar siap berpesan, “bila saya kata lari, lari! Lari sampai hujung tebing sampailah kaki tak jejak tanah” Bukan lari-lari anak atau lari-lari dalam guni, lari sekuat hati macam Usain Bolt! Berdebarnya hati masa tu, Tuhan sahaja yang tahu. Kami sempat bertanya pada Encik Bakar, kalau lari tak kuat macam mana? “Awak jatuh ke bawah la”, jawab Encik Bakar dengan nada bergurau.

Pertama kali take off, tak jadi sebab terjatuh. Take off kali kedua, pun tak jadi sebab angin tak kuat. Kali ketiga, Encik bakar jerit, LARI! Kami pun berlari sekuat hati sampai hujung tebing dan akhirnya kaki tak jejak tanah. Payung terbang mula berfungsi dengan jayanya dan kami terbang tinggi diudara.
 


Perasaan apabila berada di atas sana, cukup indah. Encik Bakar mengawal payung terjun dan membawa kami melihat pekan Kuala Kubu bharu dari atas. Kemudian kami melawat sekitar Empangan Selangor dan juga Bukit Kutu. Hampir 20 minit berada di awangan, lalu kami pun mendarat di Taman Milenium dengan selamatnya. Ini adalah satu pengalaman berharga buat kami. Disamping dapat merasa aktiviti Sky Tandem Parachute, kamu berpeluang menimba ilmu payung terjun dan berkongsi cerita bersama dengan para instructor dan penerjun solo.
 


Untuk anda yang gemarkan aktiviti lasak dan mahu mencuba Sky Tandem Parachute, anda boleh muat turun aplikasi The Entertainer di App Store dan Google Play Store serta anda akan menerima pelbagai tawaran ‘beli satu percuma satu’. Selain dari aktiviti lasak One Day Pilot ini, anda boleh nikmati tawaran makanan, minuman, pelbagai perkhidmatan kecantikan, hotel dan pelbagai lagi tawaran keriangan. Have fun!
 

 
 
Comments