Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Drama-Drama TV Yang Menjadi Kegilaan Era 90-an

Apa rahsia drama-drama ini sehingga penonton melekat di kaca TV?

0
comments
Drama-Drama TV Yang Menjadi Kegilaan Era 90-an
Mereka yang membesar pada era 80-an dan 90-an tentunya mengetahui tentang rancangan-rancangan ini. Haliza Misbun, Ahmad Idham, Azah Aziz, Rusdi Ramli dan Azhar Sulaiman, antara wajah-wajah yang sering menghiasi slot drama di stesen TV tempatan yang menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Wajah terkini para pelakon Cinta Korporat. (Kredit Gambar: Instagram @rusdiramliofficial)
 
Cinta Korporat
Antara drama mengisahkan golongan elit, ahli perniagaan dengan sebahagian daripada penggambaran dilakukan di United Kingdom. Azah Aziz, Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli antara tunggak utama drama yang cukup terkenal tahun 1996 ini. Kami kongsikan sorotannya yang diambil daripada instagram Sharifah Shahirah @shieraijoy.
 
 
Masihkah anda ingat dengan lagu tema drama ini? Lagu nyanyian Amy Mastura berjudul Kembalilah yang cukup terkenal pada era ini.

 

Cinta Antara Benua
Lakonan Azah Aziz, Azhar Sulaiman and Ahmad Idham mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di kota London. Sehingga kini lagu ost drama ini dengan judul yang sama, nyanyian Arni Nazira masih segar dalam ingatan.



Hans Isaac dahulu vs kini. (Kredit Gambar: Instagram @hansisaac)
 
Kutub Utara Kutub Selatan
Lakonan hebat Nasha Aziz dengan Hans Isaac yang mengisahkan konflik di antara menantu dengan mertua yang berbeza negeri serta cara hidup. Drama ini berkisar tentang seorang anak (Azman) yang telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Rohana. Sementara ibunya Che Jijah, lakonan Norlia Ramli pula telah mengatur satu majlis perkahwinan tanpa pengetahuan Azman dan memaksa anaknya untuk mengahwini wanita yang dipilihnya.  Pergolakan timbul dalam kehidupan Azman dan Rohana yang tidak disukai mertuanya itu.
 


Cinderella
Tentunya anda mengingati aksi berpelukan antara Haliza Misbun dengan Ahmad Idham dalam drama ini yang mengisahkan Nurul terpaksa menyembunyikan kekayaann yang dimilikinya untuk menjaga kepentingan pihak lain termasuk suaminya. Nurul hampir menjadi mangsa rogol bapa tiri berjaya melarikan diri dan bertemu Salman. Salman bekerja di New Zealand di sebuah syarikat milik ibu kandung Nurul yang membawa diri dan meninggal dirinya sejak kecil. Dia berjaya dalam perniagaan di New Zealand. Setelah berkahwin dengan Salman, Nurul terpaksa berlagak sebagai orang gaji kerana tidak mahu Salman kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya dari perkahwinan terdahulu. Drama ini turut dilakonkan oleh Riezman Khuzaimi, Amyza Adnan, Kathy Azean dan Zizie Ezzette menggunakan runut bunyi lagu Sebening Cinta nyanyian Haslinda.





Salam Taj Mahal
India sebagai lokasi utama drama bersiri Salam Taj Mahal yang menghimpunkan nama-nama hebat seperti M. Nasir, Umie Aida, Erma Fatima, Vanidah Imran dan Rashidi. Kisah kasih sayang yang kuat di antara pasangan adik beradik yang telah lama terpisah. Ali yang berumur 10 tahun terpaksa berpisah dengan adiknya, Aisyah yang baru dilahir setealh ibubapa mereka meninggal dunia. Ali telah dibawa ke India oleh kawan baik ayahnya sementara Aisyah pula membesar di Malaysia dan melanjutkan pelajaran ke luar negara.



Opah
Kisah seorang Opah yang suka melatah bersama tiga orang cucunya cukup mencuit hati. Watak Joyah si mulut murai cukup sinonim dengan rancangan ini.





Cili-Cili Padi
Kisah empat kanak-kanak lakonan Shafik, Tam, Anne Ngasri dan Melissan Saila yang sering mengganggu kehidupan Cikgu Jaafar dengan karenah serta kenakalan mereka.

Para pelakon Mat Despatch. (Kredit Gambar: Instagram @raja_azura)

Mat Despatch
Lima orang gadis lakonan Raja Azura, Sharifah Shahirah, Amyza Aznan, Enot dan Azza Elite yang diterima bekerja di syarikat penghantaran surat yang dimonopoli kaum lelaki. Di sana mereka bertemu sekumpulan pekerja lelaki yang akhirnya menjadi kawan-kawan mereka. Bermulalah episod cinta, menaruh perasaan dan dikecewakan yang menjadi intipati drama ini.
 


Jaguh-Jaguh
Drama lakonan Eizlan Yusuf dan Emylia Rosnaida ini mengisahkan pemain badminton beregu negara yang mengalami penyakit kanser tetapi semangat juangnya yang tinggi, bertarung di gelanggang sehingga ke hujung nyawanya.
 
Dendam Terlerai
Pendatang baru Aneesa menyanyikan lagu Dendam Terlerai yang menjadi lagu tema drama lakonan Rusdi Ramly, Sherrie Merlis dan Nor Aliah Lee ini. Kisah kesetiaan dan cinta sejati Som yang gila kerana terlalu tertekan dengan berita kematian suaminya. Dia sanggup menunggu kepulangan suaminya setia hari. Kamil pula cukup setia menungu Som bagi memenangi hati wanita itu yang cukup dibenci ibunya.



Keris Hitam Bersepuh Emas
Mengisahkan tujuh pahlawan yang berbeza latar belakang dan tak pernah berkawan tetapi bersatu membantu penduduk setempat menentang penjajahan. Mereka merupakan tujuh orang pendekar yang menguasai tujuh gerak silat dan tujuh jenis senjata yg berlainan.
 
 

The Cave Of The Golden Roses
Masihkan anda ingat dengan kisah Fanthagiro, anak gadis seorang raja yang berpewatakan lelaki, gemarkan aktiviti lasak, berani dan bijak.


Fanthagiro menyamar sebagai kesatria dengan bantuan pari-pari putih, dan di situlah dia bertemu Romualdo. Fanthagiro perlu menyelamatkan kerajaan Ayahandanya dengan menggunakan kelebihan serta keberaniannya bagi mengalahkan seorang Raja.



Oshin
Adaptasi kisah benar seorang wanita Jepun yang dimodelkan. Kisah ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada, pelopor pasaraya Yaohan.


Oshin, watak utama siri ini, dijadikan ikon contoh agar tidak berputus asa meskipun berhadapan saat paling genting dalam hidup.

 
 
 
Comments