Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

16 Orang (Dan Seekor Haiwan) Paling Viral Tahun 2016

Terima kasih kerana menghiburkan kami.

0
comments
16 Orang (Dan Seekor Haiwan) Paling Viral Tahun 2016
Gambar: YouTube dan The Coverage

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari sahaja. Sepanjang tahun ini, pelbagai suka, duka dan cerita sensasi dihidangkan buat tatapan kita. Tanpa mengenal isu positif atau negatif, kami senaraikan 16 orang paling viral untuk tahun 2016!

1) Coco Mix

Bagi Coco Mix, rasanya satu Malaysia dah kenal dia. Lepas videonya mempunyai banyak darah campuran menjadi viral, dia dipanggil ke rancangan Motif Viral, bertambah ramai yang mengenalinya. Jadi, biarlah video di bawah menjelaskan bagaimana dia boleh begitu dikenali.


2) Kapten Sahar

Video pengumuman dalam pesawat AirAsia AK700 berdurasi 1 minit 15 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook cukup mempopularkan kapten ini. Juruterbang berkenaan, Kapten Sahar berjaya memikat hati para penumpang apabila menyelitkan jenaka dalam pengumuman maklumat penerbangan sebelum berlepas.

"Perut lapar mencari nasi,
Jangan dilupa sambal terung,
Maklumat penerbangan saya dah kongsi, 
Jangan cakap kapten tak payung"

3) Buntat

Siapa sebenarnya Buntat? Buntat adalah nama watak seorang budak lelaki dalam drama siri terkenal, 7 Hari Mencintaiku. Pemilik nama sebenar, Mohd Ariff Abdullah, 12 tahun cukup dikenali terutamanya ketika wataknya meninggal dunia sehingga membuatkan ramai menangis.

4) Jamal Yunos

Nama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md. Yunos cukup hangat. Dari isu gaduh, isu tiada air di Selangor sehingga ke isu resort dirobohkan dan paling terbaru, beliau dikatakan menyindir Dato' Siti Nurhaliza sebagai 'kurang subur'. Namanya layak berada di dalam senarai ini. 

5) Adam Shamil

Nama Adam Shamil semakin dikenali tahun ini selepas video dia 'membuli' neneknya menjadi viral. Dengan sejuta tontonan, Youtuber dari Sabah ini semakin mendapat nama selepas video-video 'Get it Right' nya menjadi. Gelagat jejaka ini yang bersungguh-sungguh mahu mengubah mentaliti sebahagian masyarakat yang beranggapan masyarakat di Sabah dan Sarawak ketinggalan cukup dipuji.


6) Nasi Lemak Anak Dara

Siti Hajjar Ahmad, 24, menjadi viral pertengahan tahun ini gara-gara hasil jualannya, Nasi Lemak Anak Dara mendapat perhatian umum. Memiliki ijazah kejuruteraan elektronik perubatan, Siti Hajjar menolak dua tawaran kerja dan memilih untuk berniaga nasi lemak. 

7) Azizan Osman

Isu PhD palsu menjadi bual mulut orang hingga kini. Azizan Osman yang bergelar pakar motivasi ini mula hangat ketika Universiti Malaya menafikan pemberian gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan Osman. Dikatakan memegang ijazah Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat yang diperoleh pada tahun 2009, beliau turut dijangka menamatkan pelajaran dan memenuhi semua syarat untuk dianugerahkan Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom.

Gambar: freemalaysiatoday

8) Nor Syazana Romli

Segalanya bermula di Instagram sehingga menarik selebriti terkenal, Fazura untuk mengenalinya. Tuah memiliki wajah seiras Fazura, gadis berusia 18 tahun ini terus terpilih menjadi duta bagi jenama Fazura, House of Doll.

 

A photo posted by Nur Fazura (@missfazura) on

 

A video posted by Nur Fazura (@missfazura) on


9) Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina

Hafiz Mahamad menjadi trending sekitar bulan Jun apabila dia melakukan sesuatu yang sweet teruk dengan menyambut sambutan ulang tahun ke-22 kekasihnya, Syafiqah Aina. Ramai netizen menggelarkan inilah #relationshipgoals sebenar dan tidak kurang juga yang mengecam.

10) Cikaboo, si burung unta

Insiden seekor burung unta bernama Chickaboo berlari di lebuhraya persekutuan menjadi viral di media sosial selepas haiwan itu melompat keluar dari tingkap kenderaan pemiliknya. Haiwan itu kemudian berjaya ditangkap semula oleh orang ramai. 


11) Gadis Shell

Kalau anda pernah mengisi minyak di stesen minyak Shell, mesti pernah terlihat poster gadis yang menghulurkan air mineral ini. Gadis tersebut, Nor Shafila Khairusalleh, 25, dia tidak menyangka gambar tersebut menjadi viral di laman sosial. Akibat ramai yang 'terkejut' dengan gambarnya, dia telah meminta maaf.


Gambar: asamboi.my

12) Mat Dan

Mat Dan, pemuda Mat Salleh kelahiran United Kingdom yang pandai berbahasa Melayu Terengganu. Daniel Tyler atau lebih dikenali dengan nama Mat Dan sudah pun 5 tahun tinggal di Terengganu dan memang tidak dinafikan dia menguasai bahasa Terengganu dengan cukup baik.

13) Arlina Banana

Ini contoh kes buli siber. Pelbagai kenyataan kejam dilemparkan di Twitter mengatakan Arlina gemuk, attention seeker, tak ada otak, bodoh, dan bermacam lagi. Berhadapan dengan enyakit BPD (boderline personality disorder) yang serius, Arlina Banana mengesahkan bahawa dia akan bunuh diri.  Arlina turut penah mengelar lengannya sebelum ini dan bagaimanapun terselamat selepas segera dikejarkan ke hospital.


Gambar: says

14) Raja Nazira Safya

Puteri bongsu Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Tuanku Zara Salim, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 5 tahun, amat mencuit hati. Malah beliau dinantikan dimana-mana majlis rasmi.

 

A photo posted by @malaysiaroyalfamily on

 

A photo posted by @malaysiaroyalfamily on

 

A photo posted by @malaysiaroyalfamily on

 

A photo posted by @malaysiaroyalfamily on


15) Kak Girl

Kak Girl atau Meera James menjadi viral selepas video-videonya melakukan lip-sync lagu-lagu popular menjadi viral. Keyakinan Kak Girl ternyata mencuit hati netizen sehingga dia tampil dengan pelbagai lagi video serupa. Akibat daripada videonya, dia telah pun dijemput menjadi tetamu di Sinar FM serta rancangan Motif Viral.


16) Khai Bahar

Bermula dengan aplikasi Smule, penyanyi jalanan, Khai Bahar menerima banyak komen positif netizen selepas nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial. Rezeki bersuara lunak, Khai kini bergelar artis sepenuh masa selepas menandatangani kontrak di bawah label NAR Record.

 
 
Comments



Back to top