Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

6 Keajaiban Alam Semulajadi Berwarna Pink

Boleh mandi tak kat tasik warna pink ni?

0
comments
6 Keajaiban Alam Semulajadi Berwarna Pink
Gambar: www.mnn.com, Pinterest dan Taiji Whale Museum

Hasil karya Sang Pencipta, dunia ini kaya dengan warna dan semuanya menakjubkan untuk dipandang. Kebiruan air laut, hijaunya hutan belantara, indahnya campuran tujuh warna pelangi serta bunga bewarna-warni merupakan sebahagian daripadanya. Namun, alam semulajadi berwarna merah jambu ini amat jarang kita jumpa. Terlihat seakan sisi romantis pada tujuh alam semulajadi berwarna pink ini.

1) Pantai Pink Pulau Komodo – Indonesia

Gambar: Shutterstock

Terletak di Taman Nasional Pulau Komodo, Flores, Indonesia, pantai dengan taburan pasir berwarna pink ini amat menakjubkan. Tidak hanya pasir, pantai ini disebut antara yang terindah di dunia dengan keindahan dalam air bagi penyelam skuba.

2) Bunga Sakura Mekar - Washington DC, Amerika Syarikat

Gambar: AdobeStock

Asal bunga sakura, mesti anda teringat Jepun kan? Namun bunga sakura mekar indah ini berada di Washington DC, Amerika Syarikat. Mereka turut menganjurkan festival Cherry Blossom setiap tahun seperti di Jepun. Festival ini antara yang ditunggu-tunggu warga Amerika Syarikat yang akan bermula pada 20 Mac hingga 27 April.

3) Tasik Hillier – Australia

Gambar: YouTube

Siapa tak teruja tengok air tasik berwarna seakan-akan air susu strawberi? Tasik Hillier cukup terkenal bukan sahaja oleh warga Australia malah di seluruh dunia kerana warna airnya yang merah muda cantik. Perairan menakjubkan ini terletak di Middle Island, Kepulauan Recherche, Australia Barat. Air ini berubah warna menjadi warna pink kerana wujudnya pigmen merah dan mikroorganisma yang tinggi di kawasan ini.

4) Sekawan burung flamingo berbulu merah jambu

Gambar: Wallpaper Pics

Tinggi langsing burung flamingo berwarna merah jambu ini cukup cantik. Namun ada sesetengah burung flamingo yang berwarna biru dan juga hitam.

5) Angel The Pink Dolphin

Gambar: Museum Taiji

Seekor ikan lumba-lumba albino bernama Angel menjadi tumpuan dunia. Angel tinggal di Museum Paus Taiji di Jepun sejak tahun 2007 dan dijaga dengan baik.

6) Hamparan Bunga di Valley of Flower, Uttarakhand, India

Gambar: TheGoldenScope.com

Lembah dengan hamparan bunga ini terletak di kaki banjaran Himalaya. Terdapat hampir 650 spesis bunga yang tumbuh meliar.

 
 
Comments



Back to top