Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini

Confirm melekat depan TV sampai habis rancangan.

0
comments
Kanak-Kanak 90-an Mesti Tahu Lima Rancangan Ini
Gambar: Virtual dan kautahutak.blogspot

Kalau anda masih ingat dengan lima rancangan ini, anda memang legend! Sebelum kehadiran Upin-Ipin, Boboiboy dan sebagainya, kanak-kanak yang kebanyakannya 90-an juga ada rancangan kartun, animasi serta kuiz yang digemari antaranya lima ini. Pasti anda pernah tengok kan?

1) Di Mana Joe Jambul

Gambar: kautahutak.blogspot.my

Rancangan berbentuk kuiz ini paling popular dulu. Ia direkodkan di dalam studio dan peserta perlu melalui beberapa segmen untuk memastikan Joe Jambul dan konco-konconya ditangkap. Watak Di Mana Joe Jambul merangkumi ketua mereka, Joe Jambul dibantu lima orang geng penjahatnya yang terdiri daripada saintis, pakar bom, pakar komputer, orang kuat dan sebagainya. Rancangan ini menguji pengetahuan am dan geografi kanak-kanak. Pengacara rancangan ini adalah Norzizi Zulkifli.

2) ALONG

Gambar: Twitter

Rancangan Along lebih kepada hiburan sambil belajar. Along merupakan maskot kucing besar dan turut disertai oleh Angah dan kucing betina, Acik. Segmen paling popular haruslah Siti Sifir. Rasanya Siti Sifir banyak berjasa buat kita sebab senang ingat sifir. Seingat kami,rancangan ni disiarkan pukul 7 malam, waktu maghrib jadi ramai la budak-budak kena tarik telinga masa ni. Tapi paling kami tak sangka, siapakah orang disebalik maskot Along tu adalah pelakon Beto Khusyairy!

3) Anak-Anak Sidek

Gambar: kautahutak.blogspot.my

Siapa tak kenal lagenda badminton lima bersaudara ni? Siri animasi ini mengenai biografi anak-anak Haji Sidek yang terdiri daripada Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek dalam mengharungi hari-hari mereka. Dengan hasil usaha Haji Sidek dan ketegasannyalah anak-anak beliau berjaya membawa Piala Thomas pulang pada tahun 1992. Selain rancangan TV, Anak-Anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.

4) Usop Sontorian

Gambar: Youtube

Usop, Dol, Abu, Singh, Ah Kim, Vellu, Abang Budin, Ayam Selebet merupakan siri kegemaran kanak-kanak di Malaysia. Mula ditayangkan pada tahun 1994, Usop Sontorian merupakan siri animasi pertama di Malaysia. Lepas cerita ni, popularlah Parit Sonto, Johor.

5) Keluang Man

Gambar: Youtube

Lupakan Superman, Spiderman dan Ironman kerana kita ada Keluang Man! Keluang Man merupakan siri animasi 2D berlatarbelakangkan 3D pertama di Malaysia. Namun cerita ni hanya bertahan selama tiga tahun dan diberhentikan apabila krisis kegawatan ekonomi tahun 1997-1998. Tapi lagu tema Keluang Man nyanyian Krisya masih melekat dalam kepala kami.

 
 
Comments



Back to top