Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Nak diorang belai bagasi kau ke macam mana?" - Netizen

Walaupun mereka dikecam, netizen pertahan kru penerbangan campak bagasi.

0
comments
Gambar: Facebook Lucius Lau

Tak reda lagi isu pasal tugas pramugari enggan angkut beg dan bukan tugas mereka angkat beg penumpang, baru-baru viral sebuah video yang menunjukkan dua orang krew penerbangan mengendalikan bagasi-bagasi penumpang. Video ini telah mendapatkan hampir 1.1 juta tontonan dengan 22,000 perkongsian di internet.

Namun, video ini telah menyebabkan netizen bertekak kerana isu bagasi. Ada yang mempersoalkan tugas krew penerbangan ini yang sesuka hati mencampakkan bagasi penumpang. Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan kerja mereka ini.

Gambar: Twitter @syerrrayam

Bagaimana pula pendapat anda? Ada ramai netizen yang berpendapat inilah yang biasanya dilakukan oleh semua kru penerbangan serata dunia. Ada juga yang berkongsi pengalaman bagasi mereka rosak setibanya sampai ke destinasi. Tapi bagi kami, dalam dunia penerbangan, masa amat memainkan peranan penting. Jadi untuk segalanya tepat pada masa, mereka harus bertindak begini untuk memastikan semuanya lancar. Kalau nak susun satu-satu, ikut warna, lepas tu lap kasi bersih, terlambat pula nak berlepasnya. Mungkin inilah masanya syarikat penerbangan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk memuaskan hati penumpang yang membayar.


Sumber: Facebook Lucius Lau
 
 
Comments