Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Gadis Ini Kantoi Kerana Gambar Percutiannya Diedit

Kongsi gambar mewah serata dunia di Instagram.

0
comments
Gadis Ini Kantoi Kerana Gambar Percutiannya Diedit
Gambar: Kapan Lagi

Ramai yang mahu kelihatan mewah di laman Instagram mereka. Daripada makanan, rumah, travel, kereta, fesyen ataupun majlis-majlis yang dihadiri. Tetapi, seorang wanita ini telah tampil extra mewah! Ticka Louktarn, warga Thailand dikhabarkan bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan Emirates telah mengembara ke seluruh dunia dan kesemua gambar-gambar kembaranya cukup menarik! Namun gambarnya telah menjadi viral dan dia telah menarik perhatian netizen kerana satu sahaja masalahnya, gambar tersebut hanyalah edit semata-mata. 



Sering berkongsi gambarnya mengembara ke serata dunia di Instagramnya, ia sedikit sebanyak memperlihatkan gambarnya yang sebenarnya palsu, seolah-olah dia sedang berada disana. Kalau dilihat pada gambar dia memakai seragam pramugari Emirates pun, agak mencurigakan.






Namun akhirnya netizen mendedahkan gambar-gambarnya sebenarnya banyak yang palsu dan diedit.



Wow, pandai orang yang ambil gambar ini sampaikan posisi ikan pun sama. Jadi jelaslah bahawa ia sebenarnya hanyalah diedit. Akaun Instagram gadis ini juga sudah tidak dijumpai. Jadi anda yang nak menunjuk dah pusing dunia, jangan sampai 'kantoi' macam gadis ni okay


 
 
 
Comments



Back to top