Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Cendol Atau Abang Cendol Yang Jadi Tarikan?

Mesti popular kedai abang cendol ni kat Ipoh.

0
comments
Cendol Atau Abang Cendol Yang Jadi Tarikan?
Gambar: Twitter Farah Liyana (@leeyaamir_)
Sedang kami sibuk baca timeline Twitter semalam, terpampang beberapa gambar seorang lelaki menjual cendol yang menarik perhatian netizen sehingga 9,000 perkongsian. Selain cendolnya yang dikatakan sedap, nampaknya penjual cendol turut dipuji netizen. 
Menurut Farah Liyana, kedai cendol ini terletak betul-betul di depan Plan B, Ipoh. Abang cendol tersebut hanya membawa motor dan menjalankan perniagaan cendolnya di depan Plan B. Kami percaya, lepas ni mesti ramai orang akan serbu kedai abang cendol ni. Semoga makin murah rezeki abang ni.


Terserlah kesungguhan abang ni buat cendol untuk pelanggannya sampai tak perasan ada orang curi-curi ambil gambar. Sehingga kini, identiti abang cendol tersebut masih belum diketahui ramai tapi kami yakin dengan adanya kuasa media sosial, abang cendol ni confirm popular lepas ni. Silap-silap, boleh masuk rancangan Motif Viral.
 







Sumber: Twitter Farah Liyana
 
 
Comments