Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Perkahwinan Tahun 80-an Dan 90-an Yang Legend

Bekas telur berkelip-kelip tu ada jual lagi tak sekarang?

0
comments
Perkahwinan Tahun 80-an Dan 90-an Yang Legend
Gambar: Facebook Zuliana Mona Zolkifli
Selalu sangat kita disajikan dengan konsep perkahwinan yang mewah, moden kontemporari, hipster ataupun ringkas minimalis. Sekali-sekala bila terpandang gambar majlis perkahwinan dan kenduri kahwin zaman 80-an dan 90-an ini, sangat mengamit kenangan. Kalau anda pernah merasa berada pada majlis perkahwinan sebegini, memang segalanya serba ringkas. Dari pakaian pengantin, ke aksesori sanding, pelamin, bunga telur, hidangan kenduri berhidang dan majlis gotong-royong yang pada hemat kami, sangat menjimatkan.

1) Pelamin era dulu cukuplah kalau ada kerusi. Kalau nak hebat sikit, pelamin ala-ala cengkerang dan berkilau. 

2) Lepas semua bunga telur tu diberikan pada tetamu yang merenjis, pulut kuning tu siaplah dimakan beramai-ramai.


3) Ini paling legend! Telur rebus dibalut dengan kertas tisu. Selalunya sambil makan nasi kenduri, diorang akan kupas telur rebus ini untuk dimakan sekali dengan nasi. Tisu pula guna untuk lap mulut sesudah makan nanti. Senang kan?
 


4) Haaa yang lip lap lip lap ni pula untuk tetamu jauh sikit ataupun untuk keluarga pengantin. Jaga-jaga telur selalu mulucut jatuh dari sarung dia ni. 
 


5) Makan berhidang! Selalunya satu talam ini untuk satu kumpulan 4 ke 5 orang. 
 




6) Agak-agak kerusi dah penuh, takde hal makan duduk bersila macam ni. 
 


7) Gotong-royong bantu siapkan kelengkapan kahwin. Masa ni la nak update cerita terbaru saudara-mara dan jiran tetangga sambil buat kerja. Rasanya amalan macam ni masih diamalkan sampai sekarang.
 


8) Aksi bersilat macam ni pun masih diamalkan sampai sekarang. Tapi ni nampak macam bersungguh diorang berlawan.
 


9) Alahai, tersipu-sipu pengantin lelaki menantikan kehadiran pengantin perempuan. Bunga manggar pun masih digunakan sampai sekarang. 
 



Sumber: Facebook Zuliana Mona Zolkifli
 
 
Comments