Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bersukan Guna Raket Cegah Sakit Jantung, Strok

Aktiviti berenang dan senamrobik juga membantu badan menjadi lebih sihat.

0
comments
Bersukan Guna Raket Cegah Sakit Jantung, Strok
Penyelidik mendapati bersukan dengan aktiviti yang lebih spesifik memberi manfaat pada kesihatan. (Gambar: Stock Image & meetdoctor)
Sakit jantung dan strok antara dua penyakit berbahaya yang boleh berlaku pada sesiapa saja tanpa mengira usia dan bentuk badan. Ia sering dikaitkan dengan faktor tekanan di tempat kerja atau rumah dan kurangnya perhatian terhadap aspek menjaga kesihatan seperti bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.

Bagaimanapun, dua penyakit berbahaya ini masih boleh dihindari menerusi aktiviti berenang, bersukan menggunakan raket seperti badminton dan tenis serta senamrobik yang mengikut kajian saintis boleh mengurangkan risiko meninggal dunia akibat dua penyakit ini.

Dalam kajian mengenai pelbagai jenis senaman dan tahap risiko, penyelidik mendapati bersukan dengan aktiviti yang lebih spesifik memberi manfaat pada kesihatan dan membantu doktor serta pengamal undang-undang menyokong aktiviti sebegini.

Perunding kardiologi di Universiti Sheffield, Tim Chico menyatakan hasil kajian ini juga tidak disalah anggap apabila sukan berlari dan bermain bola sepak tidak dapat mencegah daripada serangan jantung. Kajian ini dilakukan berdasarkan 11 tinjauan kesihatan tahunan di England dan Scotland dari tahun 1994 sehingga 2008 membabitkan 80,306 responden dewasa dalam linkungan usia 52 tahun, seperti dilaporkan Reuters.

Mengambil faktor dua penyakit berbahaya tersebut, kajian ini mendapati mereka yang bersukan menggunakan raket mempunyai 56 peratus kurang berisiko, berenang (41 peratus) dan senamrobik (36 peratus) berbanding mereka yang tidak bersukan.
 
 
Comments