Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Mengapa Urutan Thai Popular, Digemari Ramai?

Urutan Thai bukan saja popular di Thailand tetapi di seluruh dunia.

0
comments
Mengapa Urutan Thai Popular, Digemari Ramai?
Urutan Thai boleh dinikmati di merata tempat di seluruh dunia termasuk Nevada, Malaysia dan San Diego. (Gambar: Thai Fit)
Sebut 'Thai massage' atau urutan Thai, sudah pasti pada mereka yang pernah merasainya teringin untuk mencubanya lagi. Keenakkan menikmati perkhidmatan mengurut ini memang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan merasai sendiri pengalamannya.

Persoalannya mengapa urut Thai lebih popular dan digemari ramai berbanding gaya urut lain. Di sebalik tarikan gadis tukang urut Thai yang lazimnya menyambut tetamu ketika mendapatkan perkhidmatan mereka seperti di Bangkok, mungkin ramai yang tidak tahu kelebihan urutan Thai.

Menurut seorang tukang urut profesional, Michaela King, urutan Thai memberi fokus pada akutekanan yang menggunakan jari untuk mengurut, pergerakan sendi dan regangan. 

"Ia adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan kerana urutan Thai berbeza dengan teknik urutan Swedish yang digunakan sebelum ini. Saya suka belajar pelbagai teknik mengurut dan bagaimana ia memberikan kesan," katanya seperti dilaporkan The Union.

Dia yang menguruskan bisnes pusat mengurut di Nevada, Amerika Syarikat pernah mengikuti kursus mengurut Thai selama 165 jam di Sekolah Urutan Tradisional Wat Po Thai, Salaya ketika dia bersama rakannya melancong ke Thailand.

Sepertimana urutan Thai popular di Thailand, urutan Thai juga boleh dinikmati di merata tempat di seluruh dunia termasuk Nevada, Malaysia dan San Diego. Laman sesawang Massage Thai Way yang menjalankan perniagaan di San Diego menyatakan kelebihan urutan Thai memberikan tekanan yang melegakan pada saluran tenaga dan regangan seperti yoga membuatkan seluruh badan menjadi relaks pada peringkat lebih mendalam.

Kesan urutan Thai juga sebenarnya meningkatkan keterampilan individu dan mengawal emosi. Malah, ia menjadikan tidur pada waktu malam lebih nyenyak dan menjadikan badan bertambah segar apabila bangun keesokkan paginya.   
 
 
 
Comments