CLOSE
CLOSE

Walaupun Dituduh Murtad Dan Iluminati, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Album Terbaharu Faizal Tahir

Elemen kuda, sayap, kanak-kanak punya maksud tersirat.


  • Share:

Walaupun Dituduh Murtad Dan Iluminati, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Album Terbaharu Faizal Tahir
Gambar: Azwa/Rojak Daily
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran album terbaharu Faizal Tahir, Anatomi bertempat di iOi City Mall, Putrajaya. Selepas hampir tiga tahun tanpa sebarang album, album keempat ini cukup istimewa, membuktikan jiwa berbakat Faizal Tahir. Album terbitan Audi Mok ini berbeza dengan tiga album sebelum ini iaitu Aku.Muzik.Kamu, Adrenalin dan album ketiga, Faizal Tahir. Diedarkan oleh Warner Music, peminat juga boleh mendapatkan album ini secara digital di Spotify, Apple music, Joox, Yonder dan KKBox bermula 4 November yang lalu.

source: imgur.com
Gambar: Azwa/Rojak Daily

Majlis pelancaran ini turut dimeriahkan dengan persembahan Faizal Tahir pada sebelah malannya dan lima lagu dari album Anatomi iaitu Assalamualaikum, Bukan Yang Pertama, Menang, Suriram dan Sejati disampaikan dengan cukup bertenaga. Disini kami senaraikan lima sebab kepada anda perlu mendapatkan album ini!

source: imgur.com
Gambar: Azwa/Rojak Daily

1) Hampir dua tahun diperuntukkan untuk menyiapkan album ini, album Anatomi ini lebih berwarna dan berbeza dengan tiga album sebelumnya. Album Anatomi lebih mengenai kehidupan dan perhubungan. Antara lagu-lagu yang diselitkan mempunyai kaitan hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan dengan isteri serta hubungan dengan anak-anak.
 
2) Walaupun dituduh murtad dan berunsurkan iluminati, kulit album Faizal Tahir mempunyai maksud yang mendalam. Setiap dari elemen yang dipaparkan di kulit album tersebut saling berkait dengan lagu dan lengkap bercirikan Faizal Tahir. Sebagai contohnya, kuda melambangkan tahun Faizal dilahirkan iaitu pada tahun kuda dan juga haiwan kegemarannya, sayap dibelakang Faizal melambangkan liver bird, burung mitos bagi kelab bolasepak Liverpool yang menjadi pasukan kegemarannya, perempuan bertudung hitam melambangkan Faizal menghargai kaum wanita, mengangkat pengorbanan dan kecantikan wanita yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan dan banyak lagi.
 
3) Dalam album ini juga, setiap helaian lirik disertai dengan setiap gambar berbeza dan kata-kata yang melambangkan maksud tersirat daripada lagu tersebut. Sebagai contohnya lagu Menang, Faizal melahirkan rasa penghargaan pada semua wanita diluar sana dan ditujukan khas buat isterinya. Kata-kata bagi lagu tersebut, ‘To my boys, treat your women well’.

4) Ada empat versi lagu Assalamualaikum di dalam album Anatomi. Versi pertama adalah yang kita dengar di corong radio, versi kedua merupakan opening semasa Anugerah Bintang popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014), versi ketiga merupakan versi Assalamualaikum Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) dan keempat merupakan Assalamualaikum versi akustik. Tiga daripada lagu Assalamualaikum ini merupakan lagu bonus.
 
5) Lagu Setia di dalam album ini dinyanyikan sepenuhnya oleh Faizal Tahir dengan iringan piano. Jadi ia lebih dekat dengan hati. Bak kata Faizal, “disebabkan Elizabeth Tan tiada, jadi lagu ni jadi lebih merintih dan sedih”. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top