Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Hentikan Sebar Viral Minyak Masak

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mahu ketirisan subsidi minyak masak diberi perhatian.

0
comments
Hentikan Sebar Viral Minyak Masak
Orang ramai diminta menghentikan perbuatan menyebar berita bekalan minyak masak di pasaran semakin berkurangan kerana ia boleh mencetuskan panik. (Gambar: KPDNKK, Berita Harian dan pamapedia)
Orang ramai mudah menjadi panik apabila sesuatu berita itu menjadi viral di media sosial seperti soal harga petrol dan terbaru, timbul isu kononnya subsidi minyak masak akan dimansuhkan. Apa yang membimbangkan masyarakat khususnya peniaga di negara ini, sekiranya perkara ini berlaku ia akan memberi kesan negatif pada harga barang yang akan melambung.

Menjawab kesahihan berita itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak. Kenyataan beliau itu menafikan laporan akhbar berbahasa Cina melaporkan Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan bermula bulan depan akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Johari memberitahu langkah mengatasi ketirisan subsidi minyak masak perlu diberi perhatian. Apa yang berlaku subsidi itu digunakan untuk jualan eksport. Menerusi penjelasan Johari itu di Parlimen semalam, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin juga meminta orang ramai menghentikan perbuatan menyebar berita bekalan minyak masak di pasaran semakin berkurangan kerana ia boleh mencetuskan panik.

Katanya seperti dilaporkan Bernama, penyebaran berita viral itu akan menyebabkan pengguna membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak dan situasi ini menjejaskan kestabilan stok.
 
 
 
Comments