Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Mengapa Daesh Pilih Telegram Bukan WhatsApp?

Aplikasi Telegram mempunyai banyak ciri kelebihan yang tidak diketahui pengguna.

0
comments
Mengapa Daesh Pilih Telegram Bukan WhatsApp?
Pereka Telegram pernah menawarkan AS$200,000 kepada sesiapa yang dapat menembusi sistem Telegram. (Gambar: telegram, guruswizard, iranreview)
Hidup pada masa kini dibandingkan 10 tahun lalu nyata membawa banyak beza. Mengambil kira faktor kecanggihan telefon bimbit yang kini lebih dikenali sebagai telefon pintar menjadikan pengguna semakin mudah berinteraksi antara satu sama lain dari mana saja.

Begitu juga aplikasi seperti BlackBerry Messengger (BBM) yang pernah popular suatu ketika dulu tidak lagi menarik minat pengguna yang beralih pada aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Dalam satu kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan militan Daesh dikesan menggunakan Telegram sebagai taktik terbaru menyebarkan ideologi mereka dan seterusnya merekrut anggota baru ke Syria.

Tambahnya, kumpulan pengganas ini tidak lagi menggunakan medium Facebook dan WhatsApp untuk berhubung tetapi beralih kepada Telegram, seperti dilaporkan Utusan Online. Persoalannya, mengapa Telegram menjadi pilihan dibandingkan WhatsApp mahupun Facebook?

Telegram yang menggunakan konsep sama seperti WhatsApp iaitu menghubungkan pengguna telefon pintar menerusi mesej sebenarnya lebih selamat dari aspek maklumat yang diikongsi. Ini bermakna mana-mana individu atau penggodam sukar mencuri maklumat dalam aplikasi berkenaan. 

Laporan guidingtech menyatakan pereka Telegram dengan penuh yakin sanggup menawarkan AS$200,000 kepada sesiapa yang dapat menembusi sistem itu. Berbanding WhatsApp yang terdedah kepada aktiviti godam dan serangan dalam talian, aspek keselamatan Telegram adalah berbeza.

Sama ada kita sedar atau tidak, mesej yang dihantar menerusi Telegram lebih pantas daripada aplikasi lain. Pengasas bersama Telegram, Pavel Durov pernah menyatakan alasan utama dia memperkenalkan Telegram adalah mewujudkan komunikasi yang tidak boleh dikesan agensi keselamatan Russia.

Lebih menarik, Telegram menjanjikan aplikasinya tidak mempunyai iklan mahupun bayaran yuran yang dikenakan. 
 
 
Comments