Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Cara Berpakaian Untuk Nampak Tinggi

Ketahui rahsia berpakaian untuk kelihatan lebih tinggi.

0
comments
Cara Berpakaian Untuk Nampak Tinggi
Gambar: Artis-malaysia.info, berita.mediacorp.sg
Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti trik ini untuk kelihatan lebih tinggi.

Perincian seluar. Memilih untuk memakai seluar haigh waist dan baju dikemaskan di dalam seluar dapat memberikan ilusi kaki panjang. Sama juga dengan skirt yang memiliki perincian high waist.



Pilihan rona hitam putih. Memadankan pakaian dari rona hitam dan putih dapat memberikan efek tubuh lebih tinggi dan langsing. Kadang-kadang padanan pakaian dari rona yang pelbagai boleh buatkan anda tampak lebih pendek.



Padanan jaket. Memadankan jaket dengan pelbagai gaya berpakaian dapat membuatkan kamu kelihatan bergaya. Namun, elakkan daripada membutang jalet atau kardingan yang dipakai untuk mencipta ilusi garisan menegak yang langsing. Serta elakkan daripada memakai jaket atau kardingan yang labuh kerana ia dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.  



Baju berkolar. Pakai baju berkolar V dapat memberikan ilusi tubuh lebih tinggi. Padankan bersama seluar high waist untuk sempurnakan gaya santai hujung minggu kamu.



Aksesori rantai panjang. Tambah rantai panjang dengan rekaan ringkas untuk mencipta garisan menegak bagi trik mata yang memandang.



Cetakan minimalis. Elakkan dari memakai pakaian yang sarat dengan cetakan terlalu besar. Pakai pakaian bercetak ringkas dan kecil. Ini untuk mencipta gaya yang seimbang supaya kamu tidak akan kelihatan terlalu sarat dan pendek.



Tali pinggang. Ya, aksesori yang satu ini juga turut memainkan peranan penting untuk buat kamu kelihatan tinggi. Elakkan dari memakai tali pinggang yang lebar dan besar. Jadi jika perlu mengenakan tali pinggang, pilih yang bersaiz halus dan kecil.



Panjang seluar atau skirt. Pastikan seluar atau skirt yang dipakai adalah panjang melebihi buku lali. Elakkan daripada memakai seluar atau skirt paras betis yang dapat membuatkan kamu kelihatan lebih pendek.



Pemilihan tas tangan. Pastikan kamu memadankan tas tangan bersaiz kecil atau sederhana. Ini kerana tas tangan bersaiz besar akan menambah kelebaran tubuh dan menampakkan kamu lebih pendek. Jadi pilih tas tangan yang sesuai dengan saiz tubuh kamu.



Potongan pakaian. Elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai potongan terlalu longgar dan besar. Pakai pakaian yang lebih sesuai dengan saiz tubuh supaya dapat mengelakkan dari tubuh tampak tidak terlalu tinggi.


 
 
 
Comments