Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tip Bercuti Ketika Peak Season

Cuba tip ini untuk dapatkan percutian lebih menenangkan.

0
comments
Tip Bercuti Ketika Peak Season
Gambar: skylarktourandpackage.com
Waktu peak season adalah ketika cuti sekolah atau pun cuti umum. Ramai yang memilih untuk pergi bercuti bila tiba cuti umum untuk menghabiskan masa bersama teman-teman mengunjungi lokasi menarik tidak kira dalam Malaysia mahu pun ke luar negara. Ini antara tip yang kamu boleh ikuti ketika memilih untuk bercuti ketika waktu paling puncak.

Buat Tempahan Awal. Semua keperluan seperti tiket pengangkutan, hotel atau pun tiket melawat destinasi tumpuan pelancong perlu ditempah awal. Ini untuk elakkan dari kamu dikenakan cas harga lebih tinggi daripada kebiasaan atau kecewa kerana kehabisan tiket.

Bandingkan Harga. Sebelum menempah tempat penginapan, kamu mungkin boleh laman web Trivago.com.my atau booking.com untuk mendapatkan harga penginapan yang paling murah. 

Fleksibelkan Waktu. Jika mahu lebih jimat wang, kamu perlu jadi lebih fleksibel tentang hari dan waktu penerbangan. Membeli tiket pada hari Jumaat atau Sabtu biasanya harga tiket ditawarkan lebih mahal berbanding hari lain. Ambil cuti jika perlu untuk mendapatkan harga tiket berbaloi.

Sentiasa Tiba Ke Lokasi Lebih Awal. Bila bercuti ketika peak season, pastikan kamu sampai awal ke destinasi lebih awal. Contohnya jika kamu bercuti menaiki kapal terbang, sampai ke lapangan terbang lebih awal kerana ambil kira tempoh masa diperlukan untuk beratur ketika check in luggage.

Pertimbangkan Penginapan Selain Hotel. Jika di dalam Malaysia, kamu mungkin boleh memilih rumah inap desa (homestay) untuk lebih jimat dan pengalaman berbeza. Atau kamu boleh juga tinggal di mana-mana Airbnb yang menawarkan harga lebih berpatutan dengan rumah atau bilik yang lebih menarik berbanding hotel. Airbnb turut menawarkan penginapan di negara-negara lain.

Pemilihan Destinasi. Mahukan percutian kamu lebih bermakna? Pilih destinasi percutian yang jarang menjadi tumpuan pelancong lain. Contohnya elakkan Cameron Highlands, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain lagi. Mungkin kamu boleh pilih destinasi seperti Pulau Rawa, Johor atau Kudat, Sabah.

Bertenang. Kadang-kadang ada sesetengah orang tidak mampu bersabar bila terpaksa beratur panjang dan bersesak dalam lautan manusia. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Jangkakan perkara –perkara kurang menyenangkan akan berlaku bila kamu bercuti pada musim sibuk ini. 
 
 
 
Comments