Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

5 Idea Cantikkan Diri

Lebih jimat dan berbaloi lakukan sendiri rutin mencantikkan diri ini di rumah.

0
comments
5 Idea Cantikkan Diri
Gambar: Beautifulnara, twitter
Gaya hidup yang sibuk seringkali membuatkan anda malas untuk menjaga kecantikan diri. Cara mudah, mungkin anda ke spa saja sebulan sekali untuk lakukan rutin penjagaan kecantikan diri. Namun buat yang agak bajet, mungkin boleh mula amalkan rutin penjagaan diri ini di rumah.

1. Ambil sebiji pisang dan lenyekkan dengan sudu. Elakkan dari terlalu hancur kerana teksturnya akan menjadi terlalu lembik. Campurkan bersama gula perang dan ekstrak vanila untuk tambahan aroma. Adunan ini sesuai digunakan untuk tubuh. Jika mahu digunakan untuk wajah, elakkan dari campuran gula kerana ia boleh menyebabkan tekstur adunan menjadi terlalu kasar untuk kulit wajah.

lifestuffs-com.png

2. Campurkan bersama setengah cawan garam laut, setengah cawan minyak aromaterapi pilihan anda dan satu sudu perahan lemon.  Adunan ini sesuai digunakan untuk menyegarkan tubuh selepas bangun tidur ataupun selepas bersukan.

muffintinmania-com.png

3. Bagi melembutkan bibir, skrub dengan adunan minyak zaitun dan gula halus yang dikisar. Tambah ekstrak daun pudina untuk rasa lebih menenangkan. Biarkan pada bibir selama 15 minit sebelum anda mengosok lembut dan membilas dengan air bersih.

howfacecare-com.png

4. Setengah cawan minyak kelapa, setengah cawan gula perang dan dan setengah sudu ekstrak vanilla diadunkan bersama. Gosok pada tubuh ketika mandi dan bilas dengan air bersih. Selain dapat menanggalkan kulit mati, adunan ini juga dapat melembapkan kulit anda.

ahealthyjalapeno-com.png

5. Guna  tomato dan gula untuk melembapkan wajah. Kisar kasar tomato bersama gula halus. Sapukan ke seluruh wajah seperti mask dan biarkan selama 30 minit. Kemudian gosok lembut ke seluruh wajah dan bilas dengan air suam.

diys-com.png
 
 
Comments