Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Hilangkan Kelemumur Guna Bahan Semulajadi

Ikuti tip mudah menggunakan bahan senang didapati.

0
comments
Hilangkan Kelemumur Guna Bahan Semulajadi
Gambar: Gosipmalaysia.com, Buro247.my
Memiliki masalah kelemumur pastinya membuatkan anda rasa tidak selesa. Manakan tidak, tangan asyik mahu menggaru saja. Belum lagi kelemumur jatuh pada baju yang dipakai dan jelas kelihatan. Oh, malunya!
Atasi masalah ini dengan petua berikut:

Air Garam 

salt-800x600.png

Kenapa air garam? Kelemumur adalah bakteria. Jadi membasuh rambut menggunakan air garam dapat membunuh bakteria. Caranya adalah selepas anda syampu rambut, siramkan air garam ke atas rambut dan urut lembut. Kemudian bilas dengan air biasa sehingga bersih dan keringkan rambut. Lakukannya dua kali seminggu.

Cuka Putih

white-vinegar-800x600.png

Campurkan secawan cuka putih dan secawan air. Selepas syampu rambut, tuang adunan ini pada kulit kepala. Biarkan seketika kemudian bilas dengan air bersih.

Lemon

lemon-800x600.png

Ambil dua sudu besar jus perahan lemon dan campurkan dengan segelas air. Siramkan pada rambut anda dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ulangi kaedah ini dua kali seminggu sehingga kelemumur hilang.

Serbuk Penaik

baking-soda-800x600.png

Gunakan sedikit serbuk penaik untuk menggosok kulit kepala. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Di awal tempoh melakukannya rambut anda akan menjadi sedikit kering, namun selepas seminggu kelemumur akan hilang dan rambut anda akan kembali sihat.

Santan

Santan-800x600.png

Adunkan sebati santan, segelas jus nanas, jus limau dan setengah gelas air kelapa. Gunakan campuran ini untuk setiap kali mencuci rambut lima kali seminggu. Kemudian syampu rambut seperti biasa.

Cuka Epal

Apple-Cider-Vinegar-800x600.png


Kadar asid yang ada dalam cuka epal mampu mengubah pH pada kulit kepala yang membuatkan bakteria yang menjadikan kelumumur sukar untuk membiak. Campurkan suku cawan cuka epal bersama suku cawan air ke dalam botol semburan. Semburkan pada kulit kepala dan bungkus kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 minit hingga sejam, kemudian bilas kepala dengan air bersih. Lakukan kaedah ini dua kali seminggu.

Bawang Putih

Garlic-800x600-(1).png

Bahan masakan yang satu ini juga terkenal dengan kandungan sumber antibakteria yang digunakan dalam perubatan tradisional. Hancurkan seulas bawang putih dan gosok pada kulit kepala. Untuk elakkan daripada bau bawang putih melekat pada kulit kepala, campurkan sedikit madu bersama bawang putih. Urut lembut pada kulit kepala sebelum bersyampu seperti biasa.

Minyak Zaitun

olive-Oil-800x600.png

Urut kepala dengan menggunakan 10 titik minyak zaitun dan balut kepala dengan tuala semalaman. Syampu rambut seperti biasa pada keesokan paginya. Mahu lebih mudah, gunakan syampu yang sedia ada kandungan minyak zaitun di dalamnya.

Yogurt 

Yogurt-800x600.png

Syampu rambut seperti biasa, kemudian ambil secawan yogurt dan sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit. Bilas rambut dengan air bersih kemudian syampu rambut sekali lagi. Lakukan kaedah ini setiap pagi. Tip: pastikan yogurt yang digunakan segar. Tambah serbuk lada hitam dalam yogurt untuk menjadikan remedi ini lebih berkesan.

Aloe Vera  

aloe-vera-800x600-(1).png


Bahan ini bukan saja membantu melegakan kegatalan kulit kepala, malah ia adalah salah mengandungi bahan anti kulat. Caranya mudah saja, ambil ekstrak aloe vera dan sapukan pada kulit kepala. Kemudian bilas dengan air bersih dan syampu rambut seperti biasa.  
 
 
 
 
 
 
Comments