Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Mengapa Passport Hanya Empat Warna?

Merah, biru, hijau dan hitam.

0
comments
Mengapa Passport Hanya Empat Warna?
Gambar: www.businessinsider.sg
Jika anda sering mengembara ke luar negara, kamu pasti pernah terlihat beberapa pelancong asing yang turut memegang passport mereka ketika di lapangan terbang. Pernahkan anda tertanya-tanya mengapa passport mereka bewarna biru, hijau atau hitam? Di Malaysia, kita menggunakan passport bewarna merah terang.

Gambar: www.scoopwhoop.com

Persoalan anda ada relevannya. Passport sememangnya ada muncul dalam pelbagai warna, dibezakan dari mana kita berasal. Amnya, hanya terdapat empat warna passport iaitu merah, biru, hitam dan hijau.
Menurut laporan dari Business Insider, empat warna passport ini sangat berbeza diantara satu sama lain dan mempunyai variasi yang luas. Perbezaan warna passport adalah kerana perbezaan geografi serta politik sesebuah negara.
 
Passport merah

Gambar: passportmalaysia.com

Passport bewarna merah terang atau gelap ini digunakan oleh negara-negara kesatuan Eropah dan negara yang berminat untuk menyertai kesatuan ini, perlu menukar warna passport negara mereka ke warna merah. Negara yang terletak di dalam komuniti Andean seperti Bolivia, Colombia, Venezuela, Ecuador dan Peru turut menggunakan warna merah. Hal ini termasuklah passport di negara Swiss yang turut berwarna merah, sepadan dengan warna bendera mereka.

 
Passport biru

Gambar: matadornetwork.com

Negara di komuniti Caribbean atau CariCom menggunakan passport berwarna biru. Antara negara di dalam CariCom ini adalah Barbados, Bahamas, Belize, Haiti, Jamaica, Trinidad and Tobago dan banyak lagi. Warna biru guna digunakan oleh negara ‘dunia baru’ seperti Kanada dan Amerika Syarikat yang telah menukar warna passport mereka ke warna biru pada tahun 1976. Negara-negara seperti Brazil, Argentina, Paraguay dan Uruguay turut menggunakan warna biru.

 
Passport hijau

Gambar: tribune.com.pk

Kebanyakan negara Islam menggunakan passport bewarna hijau kerana itu melambangkan agama. Warna hijau juga digunakan oleh negara ahli ECOWAS (Economic Community of West African States) yang terdiri daripada 15 negara termasuklah Mali, Ghana, Nigeria dan Senegal. Namun, ambil tahu bahawa rakyat Taiwan dan Korea Selatan turut menggunakan passport bewarna hijau.

 
Passport hitam

Gambar: twocrabs.blogs.com

Hitam tidak ada maksud tertentu yang melibatkan pemilihan warna tersebut. Kebanyakan warna hitam digunakan oleh negara-negara di benua Afrika seperti Zambia, Congo, Malawi, Liberia, Sudan, Angola, Botswana dan banyak lagi mungkin kerana ia melambangkan benua mereka. New Zealand turut menggunakan passport berwarna hitam. Namun ada beberapa kategori rakyat di AS menggunakan passport berwarna hitam atas urusan diplomatik.


Menurut senarai Passport Index, ada dua negara yang mempunyai akses visa percuma terbesar untuk ke seluruh negara iaitu United Kingdom dan Amerika Syarikat. Pemegang passport dua negara ini dibenarkan terbang ke 147 negara seluruh dunia. Tangga kedua pula diikuti rapat oleh Korea Selatan, Jerman dan Perancis dengan 145 negara boleh dilawati. Malaysia tidak kurang hebatnya apabila berada di tangga ketujuh dengan pemegang passport Malaysia boleh memasuki 140 negara.
 
 
 
Comments



Back to top