Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Feeling New Zealand Di Sabah!

Tak perlu pergi jauh, semuanya ada di Malaysia.

0
comments
Feeling New Zealand Di Sabah!
Gambar: sabahup2date.blogspot.com
Kalau nak menikmati udara sejuk, segar dengan permandangan indah ladang lembu bak di New Zealand, kini anda boleh pergi ke Sabah Bah! Tak perlu terjah jauh ke luar negara, di Malaysia pun ada tempat seumpama itu. Ia terletak di Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau, Sabah. Cukup saujana mata memandang!

Gambar: Pinterest

Gambar: Azwa/Rojak Daily

Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan permandangan yang cukup berharga buat pencinta alam. Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan pergunungan indah di Kundasang, Desa Cattle Dairy Farm harus ada dalam destinasi wajib kunjung anda apabila ke Sabah.
 

Gambar: Azwa/Rojak Daily

Tarikan utama sudah semestinya ladang lembu yang berjaya menghasilkan 900,000 liter susu setahun. Dengan keluasan seluas 199 hektar, tempat ini menawarkan susu yang cukup berkualiti tinggi dan segar dari ladang!  Jangan terkejut jika anda ternampak pasangan merpati dua sejoli sedang merakamkan gambar kenangan perkahwinan mereka disana kerana Desa Cattle Dairy Farm juga sering menjadi lokasi bagi sesi fotografi perkahwinan.
 

Gambar: Azwa/Rojak Daily

Jika ke sana, ambil peluang ini untuk memberi makanan kepada anak-anak lembu dan kambing. Makanan bagi haiwan-haiwan ini ada dijual kepada pengunjung. Untuk lebih merasai tempat ini, nikmati produk tenusu keluaran Dairy Farm ini antaranya susu segar, gelato, aiskrim, pudding, yogurt dan keju dengan harga yang sangat berpatutan.
 

Gambar: www.thegoodsonjourney.com

Pastinya rugi jika tidak membawa pulang buah tangan, anda juga boleh membeli cenderamata berupa T-shirt, poskad, manget peti ais, pelekat dan sebagainya yang ada disediakan di kedai cenderamata disana. Pahatkan memori indah anda di Desa Cattle. Pastinya anda akan terpukau dengan keindahannya yang sangat menakjubkan. 


Cara ke sana:
Terletak di Mesilau, 100km dari Kota kinabalu, anda boleh menyewa kereta dan memandu sendiri ke kawasan ini dan ia mengambil masa hampir 2 jam 30 minit. Tiada pengangkutan awam yang terus menuju ke Desa Cattle Dairy Farm. Namun jika anda turun di pekan kundasang, anda boleh menaiki teksi untuk ke Desa Cattle yang hanya sejauh 10km dari pekan itu. Lebih memudahkan, rancanglah  untuk pemandu teksi itu tunggu sehingga sesi lawatan anda tamat dan kemudian pulang. 

Waktu lawatan:
8:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Harga masuk:
Dewasa – RM5
Kanak-kanak – RM4
Fotografi perkahwinan – RM100
Percuma bagi kanak-kanak 6 tahun ke bawah

Aktiviti di Desa Cattle Dairy Farm
Pemerahan susu: 2:30 petang – 4:30 petang (setiap hari)
Pemprosesan susu mentah: 10:00 pagi – 3:00 petang (Selasa, Khamis dan Ahad)
Pemberian makanan kepada anak lembu: 9:00 pagi – 4:00 petang (Setiap hari)
 
 
 
Comments



Back to top