Rojak Daily Logo

Sam Terperangkap Tujuh Jam Dalam Pesawat, Hilang Bagasi

0
comments
Sam Terperangkap Tujuh Jam Dalam Pesawat, Hilang Bagasi
Sam tampil berbaju Melayu ketika hadir pada tayangan filem Interchange di Festival Filem Locarno ke-69, Switzerland, baru-baru ini. (Gambar: Interchange - Facebook)
Ia pastinya mengujakan dan menjadi pengalaman paling manis dikenang dalam hidup seorang pelakon apabila berpeluang menyaksikan sendiri filemnya menyertai festival filem bertaraf antarabangsa di luar negara.

Pengalaman ini dikongsi pelakon popular, Shaheizy Sam yang turut hadir bersama pengarah, Dain Said dan pelakon lain antaranya, Iedil Putra dan Nicholas Saputra ketika menyertai Festival Filem Locarno ke-69, Switzerland, baru-baru ini.

Menerusi penyertaan filem Interchange yang dipilih untuk tayangan acara berprestij itu, Sam juga sebenarnya berdepan cabaran getir sebelum acara itu berlangsung.

Dain berkongsi cerita Sam di Facebooknya malam tadi, menyatakan Sam ketika itu kehilangan bagasi di Lapangan Terbang Locarno selepas terperangkap selama tujuh jam dalam pesawat akibat insiden pesawat lain terbakar ketika mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Sam yang menunggu bagasinya untuk beberapa hari terpaksa membeli pakaian baru di sana dan kemudian mendapat semula bagasi kira-kira dua jam sebelum acara bermula. Apa yang lebih menarik, Sam tampil segak berbaju Melayu hitam bersama songkok dan samping ketika berjalan di karpet merah sehingga tayangan dan sidang media filem itu di sana.




Di sebalik pencapaian Sam dan semua kru produksi yang terbabit dalam filem ini, Dain juga menyatakan filemnya kali ini akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Toronto, Kanada.





Sam bersama pengarah, Dain Said dan pelakon filem Interchange. (Gambar: Interchange - Facebook)


Dianggarkan 8,000 penonton hadir pada tayangan filem Interchange di Festival Filem Antarabangsa Locarno. (Gambar: Interchange - Facebook)


Filem Interchange akan ditayangkan di Malaysia bermula 1 Disember nanti. (Gambar: Interchange - Facebook)
 
 
Comments