Rojak Daily Logo

The Rock Sudah Lama Kecewa Sikap Vin Diesel

0
comments
The Rock Sudah Lama Kecewa Sikap Vin Diesel
Kru produksi juga mempunyai pandangan sama seperti The Rock terhadap Vin Diesel. (Gambar: screeninvasion)

Pertelingkahan antara kedua pelakon popular Hollywood, Vin Diesel dengan Dwayne Johnson (The Rock) nampaknya sudah lama berlaku ketika mereka berada di set penggambaran.

Bukan saja The Rock kecewa dengan sikap Diesel, kru produksi juga berkongsi pandangan yang sama apabila mereka terpaksa menunggu sehingga sejam lewat untuk penggambaran, seperti mana diberitahu sumber produksi kepada TMZ.

Apa yang menimbulkan persoalan, Diesel didakwa bukan lambat datang ke lokasi tetapi dia sememangnya berada di situ tetapi di dalam traknya dan tidak mahu keluar.
 
Laporan TMZ itu juga menyatakan Diesel tidak suka 'call time' jam 7 pagi sehingga memaksa produksi bermula jam 10 pagi. Mereka menyifatkan sikap Diesel tidak boleh dikawal dan tidak mendengar teguran sesiapa termasuk The Rock yang mengkritik lakonan rakannya itu.

Namun, kru produksi pula mempunyai pandangan berbeza terhadap The Rock yang dilabel mempunyai sikap profesional, berada di lokasi seperti dijanjikan dan senang bekerjasama.

The Rock yang menggelarkan Diesel tidak profesional menerusi sosial media sebelum ini menyebabkan Diesel bersemuka dengannya di trak The Rock tetapi isu antara mereka masih belum selesai.

 

 
 
Comments