Rojak Daily Logo

Ameng Rugi RM15,000

0
comments
Ameng Rugi RM15,000
Ameng bersama Datuk Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Jamilul Hayat akan muncul menerusi Konsert 3 Suara di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 22 sehingga 25 September ini. (Gambar: Istana Budaya - Facebook dan sabariahzakariah - Instagram)
Bakat seni yang dimiliki Ameng sememangnya suatu anugerah pada dirinya. Meskipun pernah mempunyai sejarah hitam, ia bukan titik nokhtah perjalanan seni vokalis kumpulan popular, Spring ini.

Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, mengakui rezekinya dalam bidang seni sejak keluar dari ‘tirai besi’ semakin murah. Sebagaimana peminat menghargai dan meminati suaranya ketika mendendangkan lagu seperti "Bourgenvilla" dan "Sejiwa", begitu juga penganjur yang masih percaya pada bakatnya sebagai penghibur.

Namun, Ameng menyatakan imannya diuji apabila segelinitir penganjur mengambil kesempatan dan menipunya. Tambahnya, dia ditipu penganjur sebanyak RM15,000 untuk persembahan majlis makan malam baru-baru ini, seperti dilaporkan Harian Metro.

Ameng yang kini menetap di Melaka, akan muncul dalam persembahan Konsert 3 Suara bersama Datuk Jamal Abdillah dan Zamani Slam serta Jamilul Hayat sebagai artis undangan di Istana Budaya  bermula 22 sehingga 25 September ini.
 
 
 
Comments