Rojak Daily Logo
Back to top

'My Stupid Boss 2' Akan Berada Di Pawagam Khamis Ini, Harap Cepat Masuk Malaysia

Filem Indonesia yang menggunakan bakat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura.

0
comments
'My Stupid Boss 2' Akan Berada Di Pawagam Khamis Ini, Harap Cepat Masuk Malaysia

Kalau anda masih ingat sekitar tahun 2016, Bossman buat kita pecah perut dengan gelagatnya menjaga syarikat dan pekerja-pekerjanya, kini Bossman kembali untuk filem 'My Stupid Boss 2'.

 

Sekual yang masih dilakonkan oleh Reza Rahadian, Bunga Citra Lestari, Alex Abad, Atikah Suhaime, dan Chew Kin Wah ini turut menampilkan Iedil Putra bagi menggantikan Bront Palarae dalam filem terdahulu.

   

'My Stupid Boss 2' menceritakan kisah pekerja yang bekerja di syarikat Bossman (Reza Rahadian) sudah tidak tahan lagi dengan kelakuannya yang teruk.

  Boss paling epik!

Oleh kerana itu, Bossman dan Diana atau Kerani (Bunga Citra Lestari) berniat untuk mencari pekerja baru di Vietnam. Pekerja dah dapat, mereka pula ditimpa masalah demi masalah berpunca daripada karenah Bossman.

 

Menjalani penggambaran berlokasi di Jakarta dan daerah pedalaman Ha Giang dan Ninh Binh di Vietnam, filem ini masih mendapat sentuhan penulis dan sutradara yang sama iaitu Upi Avianto.

  Bossman dan kerani.

Memetik laporan idntimes, Upi sudah menyiapkan naskah 'My Stupid Boss 2 sejak dua tahun lalu. Filem yang diangkat dari buku karya Chaos@work ini akan berada di pawagam seluruh Indonesa bermula 28 Mac 2019.

  Masalah bertimpa-timpa di Vietnam.

Buat anda yang pernah menonton filem 'My Stupid Boss', pasti anda tahu gelagat Bossman dan pekerjanya. Kami berharap filem 'My Stupid Boss 2' dapat menembusi pawagam Malaysia. Kami rindu aksi Bossman yang kedekut, pemalas dan menjengkelkan.

 
 
Comments