Rojak Daily Logo
Back to top

Pemain Hebat Fortnite, Ninja Dikatakan Dibayar RM4 Juta Untuk Bermain Apex Legends!

Memang betul-betul Battle Royal ni

0
comments
Pemain Hebat Fortnite, Ninja Dikatakan Dibayar RM4 Juta Untuk Bermain Apex Legends!

Fornite atau Apex Legends?


Jika anda berada dalam komuniti permainan Battle Royal, pasti anda menyedari wujudnya persaingan antara Fortnite dan Apex Lagends (dan PUBG).

Malah persaingan antara dua permainan ini juga meleret sehingga kepada pemain mereka. Individu yang terkesan adalah pemain Fortnite paling popular ketika ini iaitu Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja.

Siapa yang tidak kenal Ninja bukan? Individu ini memperoleh pendapatan berjuta-juta dengan hanya bermain Fortnite.

Dua game bersaing!
Menariknya menurut laporan Reuters , EA dilaporkan membayar Ninja sebanyak $1 juta (RM4 juta) untuk bermain permainan tersebut beberapa jam secara langsung di strim beliau. 

Jika benarlah perjanjian ini, persaingan antara dua permainan ini pastinya bertambah panas! Walau bagaimanapun masih belum ada pengesahan dikeluarkan oleh pihak EA mahupun Ninja sendiri.

Memandangkan Apex Legends masih baru, saya nasihatkan anda berlatih supaya dapat menjana pendapatan seperti Ninja ini. Goodluck!
 
 
Comments