Rojak Daily Logo
Back to top

Cawangan Pertama Di Sabah Meriah, Jollibee Bakal Dibuka Di Semenanjung Malaysia

Tak sabar nak rasa ayam 'Chickenjoy'

0
comments
Cawangan Pertama Di Sabah Meriah, Jollibee Bakal Dibuka Di Semenanjung Malaysia

Setelah membuka cawangan pertamanya di Kota Kinabalu, Sabah pada Disember 2018 yang lalu, kini warga semenanjung dapat merasa keenakan Jollibee apabila mereka bakal membuka 100 lagi cawangan di seluruh Malaysia.

Kemeriahan outlet sulung Jollibee di Kota Kinabalu.

Jollibee merupakan sebuah restoran cepat saji yang berasal dari Filipina. Berikutan sambutan yang menggalakkan, Ketua Pasaran Antarabangsa Jollibee Foods Corporation (JFC), Dennis Flores, usaha menambahkan cawangan di Malaysia merupakan salah satu langkah untuk jenama itu berada di lima senarai teratas restoran makanan segera terbaik dunia. 

 

Sebanyak 100 outlet akan dibuka untuk tempoh 10 tahun itu merangkumi 50 outlet di Sabah dan Sarawak manakala 50 outlet lagi di semenanjung Malaysia.

 Tak sabar tunggu kehadiran Jollibee.

Terdahulu, Jollibee pernah membuka cawangannya di Malaysia sekitar tahun  1990-an namun terpaksa ditutup kerana krisis kewangan 1997.

 

Kesemua cawangan Jollibee di Malaysia ini berlandaskan hukum syarak di mana, penyediaan makanan adalah bebas khinzir dan kesemua daging dan ayamnya datang dari sumber sembellihan yang mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

 

JFC kini merupakan syarikat restoran ke-11 terbesar di dunia dan merupakan jenama makanan ringan paling berdaya saing di Brunei. 

 Menu kegemaran ramai.

Apa yang menarik di Jollibee?

1. Ayam goreng rangup 'Chickenjoy'

2. Spaghetti sos tomato masam manis

3. Roti impit sosej

4. Yamburger untuk peminat burger sejati.

 

Sementara menunggu pembukaannya di semenanjung, jika anda berkunjung ke Kota Kinabalu, jangan lupa terus ke Centre Point untuk menikmati keenakan Jollibee.

 
 
Comments