Rojak Daily Logo
Back to top

8 Lokasi 'Instagrammable' Di Cameron Highlands Yang Patut Anda Lawati

Cantik gambar, kat oversea ke ni?

0
comments
8 Lokasi 'Instagrammable' Di Cameron Highlands Yang Patut Anda Lawati

Cameron Highlands sentiasa menjadi lokasi cuti-cuti Malaysia kegemaran ramai. Pergilah berapa kali dalam setahun pun, tempat dingin ini tak pernah membosankan.

 

Cameron Highlands menjanjikan tempat-tempat lawatan tanah tinggi yang pastinya memberikan ketenangan. Selain cuaca sejuk dan hotel berciri Inggeris, apa lagi yang menarik di Cameron Highlands?

 

Kami senaraikan lapan tempat yang 'insta-worthy' untuk anda yang ingin kembali bercuti di sini. Mana tahu ada di antara anda yang tak tahu kewujudan tempat ini? Jom semak.

 

1. Cactus Valley Farm

Cantik!

Ladang kaktus ini terletak di tengah pekan Brinchang. Dari jalan besar, belok kiri selepas Hotel Star Regency dan anda akan berjumpa tempat cantik ini. Peminat kaktus, bunga-bungaan dan pokok hiasan dari pelbagai jenis, saiz dan warna boleh datang sini untuk membeli bunga dan bergambar.

  • Lokasi: Cactus Valley, Pekan lama, Brinchang, 39100, Cameron Highlands.
  • Waktu beroperasi: 8 pagi - 6 petang
  • Bayaran masuk: RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak)
Insta-worthy Sesuai untuk diletakkan di rumah.

2. Pasar Kea

Membeli-belah di sini.

Kalau hari minggu, pasar ini memang penuh. Pasar yang wajib singgah kalau berada di Cameron Highlands! Terletak berdekatan Hotel Copthorne, anda boleh dapatkan hasil terbaik sayur-sayuran, buah-buahan, bunga dan cenderamata di pasar ini.

  • Lokasi: Kea Farm, 39100 Brinchang, Pahang, Malaysia
  • Waktu beroperasi: Awal pagi -lewat petang
  • Bayaran masuk: Percuma
Wajib cuba. Mesti singgah.

3. 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

Nasi lemak sambal strawberi.

Anda nak rasa nasi lemak sambal strawberi? Haa, inilah masanya untuk anda singgah ke 200 Seed Cafe by Abang Stawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Berkonsepkan taman, kafe ini mengetengahkan buah strawberi untuk pelbagai hidangan. Dengar khabar, nasi lemak sambal strawberi mendapat perhatian ramai, sedap!

  • Lokasi: No 27, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands.
  • Waktu beroperasi: 8 pagi - 8 malam.
  • Bayaran masuk: Ikut menu
Kafe berkonsep taman. Menyelerakan!

4. Lavender Garden

Macam di luar negeri.

Taman Lavender ini terletak di antara Triangkap dan Kuala Terla, 4 kilometer dari Brinchang. Menjadi antara tarikan terbaru di Cameron Highlands, taman ini dipenuhi bunga-bunga lavender dan pelbagai jenis bunga lagi. Bertemakan pemandangan luar bandar di Eropah, taman ini turut mempunyai kafe mereka tersendiri dimana anda boleh dapatkan minuman dan makanan berasaskan lavender. Jangan lupa rasa aiskrim lavender di sini.

  • Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Bayaran masuk: RM8
Bunga lain juga ada. Wajib cuba.

5. Air terjun Robinson

Antara yang popular.

Kalau anda berjiwa sukan lasak, air terjun Robinson ini antara yang wajib lawat. Dinamakan sempena H.C Robinson, Pengarah Muzium Negeri Pahang yang ditugaskan untuk mengkaji kesesuaian tanah tinggi untuk dibangunkan pada tahun 1922, air terjun ini antara yang popular bagi mereka yang mahu merentas hutan.

  • Lokasi: Tanah Rata, 39000 Cameron Highland
  • Waktu beroperasi: Seeloknya pergi ketika cuaca cerah
  • Bayaran masuk: Percuma
Cantik untuk Instagram. Untuk penggemar jungle trekking.

6. Big Red Strawberry Farm

Big Farm Strawberry.

Tempat ini antara ladang strawberi yang popular di Cameron Highlands. Diusahakan oleh Encik K. Sinnathamby dan anaknya bermula tahun 2005, Big Red Strawberry Farm atau nama lainnya Taman Agro Tourism menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan strawberi. Ambil gambar di tengah-tengah ladang ataupun ketika sedang memetik strawberi, memang cantik!

  • Lokasi: Brinchang, 39000, Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 8.30 pagi - 6 petang
  • Bayaran masuk: Percuma
Twitter @JomKita
Sedapnyaaaa!

7. Cameron Adventurous ATV

AKtiviti ATV.

Letak gambar naik ATV berlatarbelakangkan ladang teh di Instagram, mesti ramai yang akan tanya dimana ni? Terletak 22 kilometer dari Tanah Rata, Cameron Adventurous ATV merupakan antara aktiviti ledakan adrenalin untuk mereka yang berani mencuba. Selain ATV, 4x4 safari juga antara aktiviti yang menarik untuk anda cuba.

  • Lokasi: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands
  • Waktu beroperasi: 9 pagi - 6 petang
  • Bayaran masuk: 4×4 Safari (RM10), ATV Safari (RM50), Extreme ATV (RM65)
Safari mendekati alam semulajadi. Insta-worthy gais!

8. Rose Centre

Wow, macam di oversea.

Terletak di Kea Farm, ladang bunga ros daripada pelbagai jenis dan warna ini pasti akan menarik perhatian anda. Untuk mereka yang gemar berkebun, anda juga boleh membeli kelengkapan berkebun, benih bunga, baja dan sebagainya di pusat ini. Dalam gambar, memang nampak macam anda berada di luar negeri.

  • Lokasi:Rose Centre, Brinchang, 39000 Cameron Highland
  • Waktu beroperasi: 8.00 pagi - 6 petang
  • Bayaran masuk: RM5 (Dewasa) dan RM2 (Kanak-kanak)
Menarik kan? Jangan lupa ambil gambar di tangga ni.

Dah ada tempat nak tuju hujung minggu ni? Jangan lupa singgah di lapan tempat ini dan penuhkan akaun Instagram anda dengan gambar-gambar yang cantik dan unik. Selamat menjelajah!

 
 
Comments