Rojak Daily Logo
Back to top

Punyalah Kreatif Orang Jepun, Tak Sangka Pingat Olimpik Tokyo 2020 Diperbuat Daripada Bahan Ini

Old metals, new medals!

0
comments
Punyalah Kreatif Orang Jepun, Tak Sangka Pingat Olimpik Tokyo 2020 Diperbuat Daripada Bahan Ini

Jepun bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020. Istimewanya edisi kali ini, atlet yang cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dikalungkan dengan pingat yang dihasilkan daripada bahan dan peranti elektronik terbuang.

 

Kalau bab kreatif dan pintar, kita serah pada orang Jepun. Patutlah negara mereka sentiasa maju ke depan dan menjadi contoh kepada banyak negara-negara lain.

 Pingat Sukan Olimpik Rio 2016.

Idea penghasilan pingat daripada bahan kitar semula itu tercetus menerusi sumbangan jutaan telefon pintar lama dan alat digital terpakai. Sejak tahun 2017 lagi, rakyat Jepun telah memulakan proses untuk mengumpul barangan elektronik terpakai.

 

Diberi nama projek 'Old Metals New Medals', hampir 50,000 tan dari bahan-bahan ini telah dikutip untuk dijadikan pingat Sukan Olimpik 2020.

 

1. Telefon bimbit

2. Konsol permainan video

3. Komputer

4. Kamera

 

Sejumlah 2,700 kilogram gangsa berjaya diasingkan pada Jun 2018 dan pada Oktober sejumlah 28.4 kilogram emas dan 3,500 kilogram perak berjaya dihasilkan menerusi projek ini dan pengumpulan ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019.

 Kitar semula!

Lebih kurang 5,000 pingat diperlukan untuk temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020. Rekaan pingat akan dipersembahkan pada bulan April ini.

 

Menggunakan slogan 'Be Better Together - For the Planet dan the People' bagi projek kelestarian Sukan Olimpik 2020 ini, Jepun sangat menggalakkan penyertaan rakyatnya dalam menyumbang barangan terpakai ini.

 Pingat Sukan Olimpik musik sejuk  PyeonChang 2018.

Hasilnya, pingat yang dikalung merupakan usaha semua rakyat Jepun. Bertuahnya! Adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk mencontohi usaha murni Jepun ini?

 
 
Comments