Rojak Daily Logo
Back to top

Pizza Hut Dan KFC Sekali Lagi Bergabung Bagi Menghasilkan 'The Gravy Supreme'

Please bawa masuk Malaysia cepat!

0
comments
Pizza Hut Dan KFC Sekali Lagi Bergabung Bagi Menghasilkan 'The Gravy Supreme'
Pada 9 Februari lalu, telah berlangsungnya sambutan bagi hari pizza sedunia. Oleh sebab itu, bermacam-macam lah pizza dicipta untuk meraikannya.

Namun dalam banyak-banyak pizza yang dicipta, pastinya gabungan antara dua syarikat gergasi ini paling menarik perhatian.

KFC sekali lagi bergabung bersama Pizza Hut untuk menghasilkan satu 'masterpiece' pizza yang digelar sebagai The Gravy Supreme.  Jika anda fikirk ia hanya gabungan pizza bersama ayam semata-mata anda silap.

Terdapat lapisan kuah KFC bersama ayam 'popcorn', jagung manis, keju mozzarella dan sebuk bawang putih. Dengar saja sudah terliur guys!



Difahamkan menu ini belum bersedia untuk dipasarkan dan hanya dihasilkan untuk sambutan pizza sedunia saja. KFC dan Pizza Hut masih lagi menguji resipi ini bagi memastikan rasanya betul-betul lazat!
 
 
Comments