Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Ada Apa Dengan 48 Megapixel Honor View 20? Kami Uji Kehebatannya Di Paris!

Model pertama dilengkapi teknologi nanolithography.

0
comments
Plug-in: Ada Apa Dengan 48 Megapixel Honor View 20? Kami Uji Kehebatannya Di Paris!
Dua minggu lalu, saya mewakili Rojak Daily telah dibawa ke kota raya fesyen, Paris oleh Honor Malaysia. Media trip itu bersempena pelancaran global View 20, model mercu terbaru Honor.

Jadi apa yang best tentang peranti ini?

Bagi saya kekuatan utama View 20 adalah kameranya! Ia dilengkapi lensa kamera sebesar 48 Megapixel (MP) yang ditambah dengan bantuan Artificial Technology (AI) Oleh itu kebanyakan imej dihasilkan akan kelihatan lebih tajam.

Saya sudah pun menguji kamera ini sepanjang melawati beberapa lokasi utama di Paris dan inilah hasilnya. Enjoy!

#1 PENGGAMBARAN OUTDOOR



Secara jujurnya saya amat kagum dengan hasil perincian gambar diambil model ini. Sangat tajam dan kalau anda nak tahu gambar di kanan itu diambil ketika kenderaan bergerak. Nice bukan? Masih mengekalkan fokus dan perincian imej.

Malah, melihat warna langit yang serba biru di kedua-dua imej ini saja sudah memudahkan kerja saya memuat naik terus ke Instagram tanpa membuat suntingan atau menambah filter.



Gambar di atas ini pula membuktikan ketajaman pixel pada sensor View 20. Anda boleh mengambil gambar menggunakan 2X zoom dengan tetapan 12MP, namun untuk kualiti maksima anda boleh tetapkan 48MP dengan fungsi Ultra Clarity AI.

Secara keseluruhan, Honor View 20 sangat bagus digunakan pada kawasan luar. Kesemua gambar ini diambil di bandar Paris berhampiran  Arc De Triomphe.
 

#2 HASIL INDOOR JUGA NOT BAD



Gambar ini diambil di Istana Versaille. Ia disenaraikan sebagai Khazanah Dunia dan untuk makluman and, istana ini siap dibina oleh Raja Louis ke-13 pada 1682 dan pada asalnya, digunakan sebagai rumah persinggahan ketika memburu oleh raja berkenaan.

Secara jujurnya, bagi penggambaran indoor kamera View 20 tidaklah membuatkan saya kagum secara keseluruhannya kerana ada kalanya ia kelihatan sungguh baik dan ada masa ia tidak berjaya fokus secara total.

Walau bagaimanapun ia cukup untuk menghasilkan imej gambar yang reliable dan berkualiti. Imej masih kekal sharp dan tidak terlalu gelap dan malap.

#3 MOD POTRET 


Satu perkara yang unik mengenai kamera View 20 ini adalah hasilnya tidak sama dengan apa yang anda lihat di viewfinder. 

Jika mengambil gambar tidak kiralah potret atau pengambaran biasa, saya pada awalnya tidak begitu yakin dengan kualiti dihasilkan. Namun pandangan itu berubah apabila melihat hasilnya selepas processing.

Anda boleh lihat contoh gambar potret yang diambil di atas. Bokeh dihasilkan agak kemas dan setanding dengan flagship lain.

Malah ada beberapa gambar yang saya rasakan View 20 lebih baik daripada iPhone Xs yang berharga 2 kali ganda itu.

#4 MOD MALAM... SUPERB!


Terus terang saya tidak meletakkan harapan tinggi pada pengambaran malam pada model ini. Namun, ia berjaya membuatkan saya terus jatuh hati kerana imej dihasilkan sangat mengagumkan!

Jika anda lihat gambar di atas, ia berjaya mengekalkan ton warna lampu dan pada masa sama tidak membuatkan objek disekeliling kelihatan gelap. 

Bagi mengambil gambar sebegini, anda harus menggunakan mod malam. Ketika mengambil gambar, anda perlu pegang peranti selama lima saat bagi membolehkan lensa mengambil beberapa keping gambar sebelum dicantumkan menjadi satu.


Jika anda mengambil subjek manusia, pastikan individu terbabit tidak bergerak. Ia antara teknik sama digunakan oleh Google Pixel serta iaitu Huawei P20/Mate 20.

Gambar-gambar ini diambil ketika kami menikmati makan malam di Hard Rock Cafe, Paris.

JADI ADAKAH HONOR VIEW 20 INI CUKUP BAGUS UNTUK DIGUNAKAN?


Jawapannya amat mudah. Pastinya peranti ini tersenarai sebagai model telefon pintar yang akan saya sarankan untuk anda membeli.

Bukan hanya kamera, malah prestasi peranti ini juga di tahap baik. Penggunakan Kirin 980 melancarkan segala aplikasi yang digunakan termasuk permainanan berat seperti PUBG, Asphalt 9 dan sebagainya. Malah ia juga bakal menjadi peranti Android yang menyokong 60fps bagi permainan Fortnite.

Dari segi bateri juga ia berjaya menawan hati saya apabila mampu kekal lama dalam anggaran 5 jam screen on time (SOT). Tidak dilupakan kerangka badan yang dihasilkan menerusi teknologi Nanolitopraphy.

KELEMAHAN?

Sepanjang menggunakan peranti ini selama lebih satu bulan, isu utama yang perlu diberi perhatian saya adalah antaramuka (user interface) Honor. Saya pasti kebanyakan pengguna lebih menggemarkan pengalaman stok Android. Namun kekurangan ini boleh diatasi dengan memuat turun launcher lain di Play Store. 

Selain itu user experience juga mengganggu kenikmatan menggunakan peranti. Contohnya ketika cuba melakukan pinch out zoom menggunakan dua jari pada instagram, ia sebaliknya membawa kepada fungsi lain yang terbina pada model ini. 

Selain daripada isu itu, model ini amat disarankan untuk pengguna menggunakannya. Anda boleh lihat banyak lagi gambar menggunakan Honor View 20 di Instagram saya.


Bagi model 128GB + 6GB RAM ia dijual pada harga RM1999 manakala bagi model eksklusif, Moschino (256Gb + 8GB RAM) pula dijual pada harga RM2499.
 
 
Comments