Rojak Daily Logo
Back to top

Tempahan Tiket, Daftar Masuk Laman Web, Aplikasi Dan Kiosk AirAsia Tidak Boleh Digunakan Hujung Minggu Ini

Jangan mendaftar masuk pada saat-saat akhir.

0
comments
Tempahan Tiket, Daftar Masuk Laman Web, Aplikasi Dan Kiosk AirAsia Tidak Boleh Digunakan Hujung Minggu Ini

AirAsia akan menaik taraf sistem tempahannya yang menggunakan sistem Navitaire New Skies pada hujung minggu ini sebagai usaha untuk menyediakan pengalaman tempahan dalam talian yang lebih baik kepada pengguna.

 

Bermula pada hari Sabtu ini, anda tidak akan dapat mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk di lapangan terbang sehingga proses naik taraf ini selesai.

 Daftar masuk secara kiosk tidak boleh digunakan sementara waktu.

Buat anda yang mahu menempah tiket penerbangan, perkhidmatan ini juga tidak akan tersedia semasa tempoh naik taraf ini pada hari Sabtu, 16 Februari, jam 2.00 petang (+GMT 8) hingga jam 3.00 pagi pada hari Ahad, 17 Februari 2019 melalui laman airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia, pusat jualan, kaunter dan pusat panggilan AirAsia.

Untuk anda yang ada penerbangan pada hari Sabtu dan Ahad, ini yang anda boleh lakukan:

1. Jangan mendaftar masuk pada saat-saat akhir.

2. Daftar masuk secara dalam talian sebelum hari Sabtu ini dan cetak pas masuk penerbangan untuk urusan pelepasan.

3. Anda juga mendaftar masuk secara aplikasi mudah alih dan gunakan pas masuk elektronik.

4. Daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh didapati 14 hari sebelum tarikh penerbangan untuk semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X

5. Tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan yang dijadualkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

 Semoga urusan percutian anda berjalan lancar.

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan, boleh hubungi bahagian khidmat pelanggan AirAsia di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.

 
 
Comments