Rojak Daily Logo
Back to top

Bossku, Anda Dilarang Merokok Di Tempat Makan Bermula 1 Februari Ini

Larangan merokok di Sarawak masih belum ditetapkan.

0
comments
Bossku, Anda Dilarang Merokok Di Tempat Makan Bermula 1 Februari Ini

Negeri Sabah akan mula melaksanakan larangan merokok di premis makanan bermula 1 Februari ini setelah dipersetujui barisan kabinet yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

Larangan ini telah diwartakan bermula 1 Januari lepas di seluruh negara namun hanya Sabah dan Sarawak masih menangguhkan pelaksanaannya sementara menunggu keputusan mesyuarat Kabinet negeri masing-masing.

 Larangan merokok bermula 1 Februari.

Sabah dan Sarawak sependapat dengan kerajaan persekutuan dalam undang-undang antimerokok, namun dari segi penguatkuasaan, kedua-duanya mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri.

 

Penguatkuasaan sepenuhnya peraturan ini hanya akan dilaksanakan pada 1 Julai. Sehingga 30 Jun, kementerian bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah akan melaksanakan penguatkuasa pendidikan.

 Negeri Sarawak masih belum ditentukan.

Ini akan memberi masa kepada semua agensi dan pemilik premis terlibat untuk membuat persiapan bagi pelaksanaan peraturan ini.

 

Bagi Sarawak pula, kerajaan negeri masih menangguhkan larangan merokok di semua premis. Namun keputusan itu akan diumumkan pada 24 Januari ini sementara menunggu keputusan oleh Kabinet negeri.

 

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

 

Pemilik tempat makan yang tidak mempamer tanda larangan merokok pula boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan, manakala bagi kesalahan gagal memastikan pelanggan tidak merokok akan didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

 

Terdahulu, tular di media sosial apabila gelagat perokok menggunakan pita pengukur bagi mengukur jarak meja makan dengan lokasi yang dibolehkan merokok iaitu sejauh 3 meter.

 
 
Comments