Rojak Daily Logo
Back to top

Ini 10 Video Muzik Paling Trending Di YouTube Malaysia Tahun 2018!

Hei sayangku, hari ini aku syantik.

0
comments
Ini 10 Video Muzik Paling Trending Di YouTube Malaysia Tahun 2018!

Rupanya inilah video muzik yang rakyat Malaysia suka tonton di saluran YouTube. Tambah istimewa apabila carta video muzik paling trending ini didominasi oleh bakat-bakat tempatan.

 

Berikut adalah video muzik paling trending di Malaysia bagi 2018. Namun apa yang perlu anda tahu adalah kedudukan ini ditentukan berdasarkan waktu yang diluangkan untuk menonton, jumlah perkongsian, komen dan jumlah likes yang diberikan oleh penonton di Malaysia.

 

Jadi video muzik apa yang berjaya menembusi senarai top 10 video muzik paling trending 2018?

 

1. Siti Badriah - Lagi Syantik (Official Music Video Nagaswara)

Lagu Indonesia ini menjadi hit di Malaysia sekitar Mac 2018. Sejak daripada itu, nama Siti Badriah tular sekelip mata. Video gadis berusia 27 tahun ini telah menerima 427 juta tontonan setakat ini.

2. Sufian Suhaimi - Di Matamu (Official Music Video with Lyric)

Inilah lagu tema bagi orang yang baru putus cinta. Lagu dan lirik oleh Sirkhan dan Rinkarnaen ini dinyanyikan oleh Sufian Suhaimi dengan penuh mendayu. Video ini berjaya berada di tangga kedua dengan 46 juta tontonan.

3. Ben Ladin - Hikayat Ben Ladin (Official Lyric Music Video)

Hebat Ben Ladin! Walaupun baru berusia 17 tahun, lagu karya ciptaan Malique dan Dedeq ini telah mencecah 18 juta tontonan. Penyanyi dan juga pelakon ini mula mencipta nama menerusi rancangan realiti Idola Kecil.

4. Ismail Izzani - Luar Biasa ft. Alif (Official MV)

Lagu Luar Biasa memang boleh buat kita bergoyang sama. Selain lagu yang catchy, antara punca lain yang membuatkan orang ramai menonton video muzik ini adalah tarian Ismail Izzani. Sehingga kini, video ini menerima 17 juta tontonan.

5. BLACKPINK - (DDU-DU DDU-DU) M/V

Meletop! Siapa tak tahu lagu Ddu-Ddu Ddu-Du daripada bintang Kpop, BLACKPINK. Video ini telah mencecah 527 juta setelah lima bulan dikeluarkan di YouTube. Atas sambutan hangat ini, BLACKPINK akan datang ke Malaysia dengan BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur yang berlangsung pada pada 23 Februari 2019 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

6. Floor 88 - Aqilah [Official Music Video]

Terkenal kerana menggunakan nama perempuan sebagai tajuk lagu, ia strategi yang menjadi buat band Floor 88. Video muzik yang telah mencecah 29 juta tontonan ini terus melonjakkan nama Floor 88.

7. Maroon 5 - Girls Like You ft. Cardi B

Video muzik Maroon 5 ini telah mencecah 1.4 billion tontonan! Apa yang menariknya tentang video muzik ini selain lagunya adalah, barisan cameo yang terdiri daripada wajah-wajah popular dunia seperti Jennifer Lopez, Gal Gadot, Ellen DeGeneres, Rita Ora dan Isteri Adam sendiri, Behati Prinsloo.

8. Deen Assalam - Cover by Sabyan

Nissa Sabyan merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Bandung, Indonesia. Baru berusia 19 tahun, Sabyan antara penyanyi islamik yang digemari rakyat Indonesia dan semakin mendapat nama di Malaysia. Baru enam bulan disiarkan, video ini telah mendapat 177 juta tontonan.

9. Ghea Youbi - Gak Ada Waktu Beib (Official Music Video)

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia ini menembusi carta 10 video muzik paling trending menerusi lagu Gak Ada Waktu Beib. Walaupun dikatakan lagunya mirip lagu Lagi Syantik, lagu Ghea Youbi ini telah mendapat 71 juta tontonan. Baru berusia 18 tahun, Ghea berasal dari Bandung, Indonesia.

10.周杰倫 Jay Chou (with 楊瑞代) (等你下課 Waiting For You) 歌詞版MV

Penyanyi kelahiran Taiwan ini tidak perlu diperkenalkan kerana cukup popular di Malaysia. Lagu Waiting For You ini dikeluarkan bersempena ulang tahunnya yang ke-39. Video muzin ini setakat ini mendapat 93 juta tontonan.

 
 
Comments