Rojak Daily Logo
Back to top

Aktiviti Lavidacoin Diarahkan Berhenti Serta Merta!

Penelitian lanjut sedang dijalankan.

0
comments
Aktiviti Lavidacoin Diarahkan Berhenti Serta Merta!
Cabaran buat Datuk Seri Vida. (Gambar: The Vocket)
Beberapa minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), operator di sebalik LaVida Coin dalam senarai waspada pengguna kewangan.

Namun semalam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan notis yang mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan serta merta semua aktiviti promosi berkaitan Lavidacoin. Arahan itu dibuat sementara penelitian lanjut oleh SC dijalankan ke atasnya. 

Pengawal selia tersebut turut menyenaraikan penganjur Lavidacoin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy) yang didapati mempromosi Lavidacoin, dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur (Investor Alert) SC di www.sc.com.my.
 

Pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya skim pelaburan yang membabitkan mata wang kripto dan token digital. 
 
 
 
Comments