Rojak Daily Logo
Back to top

Layak Ke Piala Dunia, Ini 7 Pengalaman Yang Kami Perolehi Di Croatia

Kecil-kecil cili padi, walaupun kecil, tetap ke final.

0
comments
Layak Ke Piala Dunia, Ini 7 Pengalaman Yang Kami Perolehi Di Croatia
Foto: Haslan Ghafar dan Azwa Rahman/Rojak Daily

Siapa sangka negara under dog, Croatia, mampu mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 apabila menewaskan England pada perlawanan separuh akhir. Kemenangan pasukan Croatia membuatkan saya mengimbau kenangan ketika berada di negara itu.

Tertera perkataan Selamat Datang di bandar Zagreb, Croatia.  

Berkesempatan mengunjungi negara Croatia semasa lawatan ke Balkan Mac lalu cukup membuka mata tentang negara kecil ini. Sempat menghabiskan tiga hari di Zagreb, ibu negara Croatia, Dubrovnik dan sebuah taman negara di sini, apa yang menariknya tentang negara ini?

Pasar pagi di tengah bandar Zagreb.  

1. NEGARA KECIL

Bandar Zagreb, ibu negara Croatia.

Croatia merupakan negara ke-127 terbesar di dunia. Bersempadan dengan negara Bosnia and Herzagovina dan Slovenia, negara ini dihuni sekitar 4.7 juta penduduk sahaja, lebih ramai penduduk di Malaysia. Bandar Zagreb merupakan ibu negeri bagi Croatia dan merupakan bandar terbesar di sini. Reka bentuk bandar Zagreb adalah sama dengan reka bentuk bandar Budapest di Hungary dan bandar Vienna di Austria. 

 

2. KAYA KHAZANAH ALAM

Keindahan air terjun di Taman Negara Plitvice Lakes.

Daripada 10 peratus luas negara ini, tahukah anda Croatia mempunyai lapan taman negara, 11 taman alam semulajadi, dua taman simpanan alam semulajadi dan 1,246 buah pulau! Kami berkesempatan melawat ke Taman Negara Plitvice Lakes, sebuah taman negara terbesar di Croatia dan rantau Balkan. Pengembaraan ke dalam taman negara ini cukup berbaloi. Walaupun penat, anda akan berjumpa dengan berpuluh tasik dan air terjun dan kemuncaknya adalah air terjun paling tinggi di Croatia. Hilang segala penat, terlalu cantik.

 

4. TEMPAT PENGGAMBARAN GAME OF THRONES

Bandar lama Dubrovnik.

Berkunjung ke bandar Dubrovnik, bandar antik ini merupakan tempat bagi penggambaran siri terkenal dunia, Game of Thrones (GOT).  Jika anda berkesempatan melawat Dubrovnik, selain pusing di bandar lama Dubrovnik, jangan lupa naik ke istana di luar kawasan pintu bandar lama. Dari istana itu, anda boleh melihat seluruh bandar Dubrovnik di tepi lautan Adriatik dan pemandangannya cukup memukau! Di dalam bandar lama ini juga anda boleh membeli cenderamata GOT di kedai cenderamata rasmi GOT.

 

5. TEMPAT ASAL TALI LEHER

Antara kedai tali leher yang ada di bandar Zagreb.

Tali leher yang anda pakai sekarang, berasal dari Croatia. Lebih dikenali dengan nama Cravat di Croatia, tali leher pada awalnya dipakai oleh tentera Croatia seawal tahun 1600. Ia kemudiannya diambil sebagai aksesori oleh orang Perancis dan seterus berkembang di seluruh benua Eropah. Croatia turut menyambut hari tali leher ataupun Cravat Day yang diraikan pada 18 Oktober setiap tahun.

 

6. ORANG ISLAM HANYA DUA PERATUS

Masjid Zagreb di Pusat Islam Zagreb.

Walaupun hanya dua peratus penduduk Croatia beragama Islam, Pusat Islam Zagreb berdiri teguh di tengah bandar Zagreb. Di sini terletaknya masjib paling besar di Croatia iaitu Masjid Zagreb. Keunikan masjid ini terletak di kubahnya yang seolah-olah terpotong tiga. Anda boleh menikmati makanan halal yang dijual di dalam restoran di dalam Pusat Islam Zagreb.

 

7. NEGARA TERMUDA KESATUAN EROPAH

Urusan jual beli menggunakan matawang Kuna.

Croatia merupakan negara termuda yang menyertai kesatuan Eropah iaitu pada tahun 2013. Oleh sebab itulah Croatia masih menggunakan matawang mereka sendiri iaitu Kuna dan tidak menggunakan matawang Euro. Matawang Kuna tidak boleh diperolehi di Malaysia. Untuk lawatan ke sini, anda perlu menukar matawang Euro terlebih dahulu dan barulah menukar matawang Kuna apabila sampai di Croatia. Ketika berada di pasar Dolac, pasar pagi di bandar Zagreb, saya bertemu seorang peniaga muslim yang berasal dari Bosnia yang menjual buah strawberi di situ. Rancak bersembang, sempat saya membeli sebungkus strawberi di kedainya. Cukup manis!

 
 
 
Comments