Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida membnuat kejutan kepada anak perempuannya, Cik B dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah sempena hari jadinya.
Menerusi akaun Instagramnya, Vida telah memuat naik beberapa video pendek yang menunjukkan reaksi anaknya ketika mendapat kereta tersebut.

“Suprise untuk Cik B. Cik B nak Mustang untuk birthday dia tapi saya bagi Merz dulu,” tulinya ringkas.
Video itu juga turut merakamkan gaya Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 13, cuba membawa kereta berkenaan.
Dalam pada itu, Cik B juga menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kerana Vida telah menunaikan impiannya untuk memiliki kereta sendiri.
“Suka, sebab hadiah, terima kasih mama,” ujarnya.
Terdahulu, Cik B sebelum ini pernah menyatakan hasrat dan meminta ibunya membelikan sebuah kereta mewah jenama Mustang.