Rojak Daily Logo
Back to top

AirAsia Pindah Perkhidmatan Melbourne Ke Lapangan Terbang Avalon

Tambang serendah RM199 sehala mulai hari ini.

0
comments
AirAsia Pindah Perkhidmatan Melbourne Ke Lapangan Terbang Avalon
Foto: AirAsia

AirAsia hari ini mengesahkan perkhidmatannya di Melbourne (Australia) akan berpindah dari Lapangan Tullamarine ke Lapangan Terbang Avalon mulai 5 Disember tahun ini, pada masa yang sama melancarkan perkhidmatan buat julung kali dari Lapangan Antarabangsa Victoria yang kedua.

 

Dikendalikan oleh AirAsia X, syarikat sekutu AirAsia, perkhidmatan dua kali sehari (lewat tengahari dan petang) ini akan berlepas dari KLIA2 akan membawa tetamu dari Malaysia dan ASEAN semakin hampir dengan destinasi pelancongan terkemuka, Great Ocean Road di samping menyediakan akses berpatutan dan selesa dari bandar Melbourne.

 Pertukaran airport bermula 5 Disember 2018.

Menurut Ketua Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, “Lapangan Terbang Avalon mempunyai banyak keistimewaan termasuk kawasan pelepasan dan ketibaan yang mudah dan seragam dan lokasi berhampiran dengan salah satu daripada ikon pelancongan terkemuka Australia – Great Ocean Road, pada masa yang sama mengekalkan akses dan kedudukan hampir dengan bandar."

 

AirAsia akan bertukar destinasi lapangan terbang di Melbourne, Australia dari Lapangan Terbang Tullamarine (Kod lapangan terbang MEL) ke Lapangan Terbang Avalon (Kod Lapangan Terbang AVV) dalam kesemua sistem penempahan untuk penerbangan yang berlepas mulai 5 Disember. Penerbangan D7 218 dari Kuala Lumpur merupakan perkhidmatan buat julung kali ke Lapangan Terbang Avalon dijadualkan untuk tiba di Melbourne pada pagi 5 Disember 2018.

 
 
Comments