Rojak Daily Logo
Back to top

Lapan Tahun Belum Ada Rezeki Cahaya Mata, Achey & Isteri Beraya Dengan Anak Angkat

Tahniah Achey dan isteri, tahun ini beraya bertiga.

0
comments
Lapan Tahun Belum Ada Rezeki Cahaya Mata, Achey & Isteri Beraya Dengan Anak Angkat
Syawal tahun ini begitu bermakna buat pelawak Achey dan juga isterinya, Nor Hasanah Yahaya yang bakal menyambut hari raya bersama anak angkat mereka yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir.

Achey memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya bersama satu foto yang di muat naik hari ini.

Menurut Achey, sukar untuk dia dan isteri menggambarkan perasaan gembira serta bahagia apabila dikurniakan bayi perempuan comel dalam kehidupan mereka.
Tiara, penyeri hidup Achey dan isteri.
“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara...Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6 anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu.

“NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama diberikan... @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 pada jam 8.05pm di HKL.

"Selama hampir sebulan kami berada di kg terutama @anne_achey ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga tiara dalam pantang.
 
 

Assalamualaikum Bismillah... alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara...setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki di kurniakan cahaya mata.. namun pada 22/5/2018 di ramadhan ke 6... anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu... .. NUR TIARA ZINNIRAH NASIR nama di berikan... @tiara_zinnirahofficial di lahirkan pada 15/5/2018 .. pada jam 8.05pm ... di HKL....selama hampir sebulan kami berada di kg... terutama @anne_achey... ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? ... jawapannya menjaga tiara dalam pantang๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜..... tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 yang hebat... yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembiraaaa tak terkata..๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ...kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial ... semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya....RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!.. ... .. Jangan lupa follow @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial @tiara_zinnirahofficial

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat, yang paling jelas saya @acheykintangkintung dan @anne_achey sangat gembira tak terkata.

"Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial. Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya....RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAYYYYYY!!!,” tulisnya.

Dalam pada itu, entri tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya yang gembira dengan berita tersebut.
 
 
 
Comments