Rojak Daily Logo
Back to top

Aishwarya Rai Kumpul 1.2 Juta Followers Instagram Dalam Masa 5 Hari

Bekas ratu cantik buat comeback.

0
comments
Aishwarya Rai Kumpul 1.2 Juta Followers Instagram Dalam Masa 5 Hari
Foto: india.com dan Instagram @aishwaryaraibachchan_arb

Bekas ratu cantik dan pelakon Bollywood terkenal, Aishwarya Rai akhirnya membuka akaun Instagram dengan nama @aishwaryaraibachchan_arb.

 

Akaun Instagram itu dibuat bersempena 17 tahun Festival Filem Cannes yang dihadirinya pada minggu lalu.

 

Aishwarya hadir ke festival tersebut bersama anaknya, Aaradhya Bachchan dan ibunya.

 

Setelah lima hari dibuka, akaun Instagram Aishwarya Rai telah mencecah 1.2 juta pengikut dan pengurusan pelakon itu mengesahkan bahawa akaun tersebut merupakan akaun rasminya.

 

Sehingga ke hari ini, dia juga telah memuat naik sebanyak 29 gambar.

Sumber: Mstar

 
 
Comments